Skip to main content

Sukan

Liverpool benamkan Chelsea di Stamford Bridge

51474077179_Liverpool.jpg
Liverpool mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung awal pagi Sabtu.

Keputusan itu menyaksikan skuad bimbingan Jurgen Klopp berkongsi 10 mata dengan Chelsea serta Everton.

Liverpool mendahului 1-0 hasil jaringan Dejan Lovren pada minit ke-17 selepas menyudahkan hantaran lintang Philippe Coutinho.

Pada minit ke-36 pula, ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson menambah luka skuad bimbingan Antonio Conte itu apabila menjaringkan gol kedua.

Chelsea cuba bangkit dan hanya berpuas hati dengan satu jaringan Diego Costa pada minit ke-61.

Apabila wisel penamat ditiupkan di Stamford Bridge keputusan kekal 2-1 memihak kepada Liverpool.

Must Watch Video

Advertisement