Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan tahniah kepada semua penyokong setia pasukan Liverpool, The Reds selepas pasukan itu berjaya merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi ini.

Ucapan itu dimuat naik beliau menerusi satu ciapan di akaun rasmi Twitternya sebentar tadi.


“Tahniah buat semua penyokong Liverpool FC di Malaysia,” tulis Muhyiddin menerusi ciapan di Twitter.

Pada awal pagi Jumaat (waktu Malaysia), Liverpool disahkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) ataupun Premier League apabila pesaing di tangga kedua, Manchester City tumpas kepada Chelsea dalam satu lagi perlawanan.

Ia merupakan suatu penantian yang bermakna buat seluruh penyokong The Reds selepas 30 tahun pasukan itu sepi tanpa gelaran juara EPL.

Kemenangan tersebut membuatkan ribuan penyokong Liverpool berkumpul di perkarangan Stadium Anfield bagi menyambut kejayaan pasukan itu menjuarai liga tersebut.

Bagaimanapun, susulan penularan pandemik COVID-19, tiada sambutan secara besar-besaran dibuat seperti sambutan kemenangan oleh kelab-kelab sebelum ini.

BACA: Lagu 'You'll Never Walk Alone' bergema di Anfield

BACA: Kejuaraan diraih Liverpool penuh gaya dan sejarah