LIVERPOOL mampu mencatat rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris di sepanjang musim seperti apa yang dilakukan Arsenal, kata pengurus The Gunners, Unai Emery.
Skuad bimbingan Jurgen Klopp menutup tirai babak pertama saingan liga musim ini dengan kemenangan 4-0 ke atas Newcastle United di Anfield sehingga membolehkan Liverpool selesa dengan kelebihan enam mata di puncak liga.
Liverpool tidak bergelar juara liga selama hampir 30 tahun tetapi memandangkan juara bertahan, Manchester City, tidak konsisten, mereka berpeluang untuk menjulang trofi itu buat kali pertama sejak diperkenalkan ketika musim 1989/90.
Anak-anak buah Emery menjadi pasukan seterusnya yang akan cuba menyekat kemaraan The Reds apabila bertandang ke Anfield esok tatkala The Gunners hanya menang satu daripada empat perlawanan dalam semua kejohanan.
Pengendali Arsenal itu berpendapat Liverpool memiliki segalanya untuk mengikut jejak langkah pasukan bimbingan Arsene Wenger yang menjuarai liga ketika musim 2003/04 tanpa sebarang kekalahan sambil Emery melihat The Reds sebagai satu contoh pasukan yang boleh diikuti.
"Ketika ini, mereka sedang melakukannya," kata Emery.
"Kami bertemu tiga tahun lalu di pentas akhir Liga Europa ketika saya bersama Sevilla dan kami menewaskan mereka.
"Namun, lihat kepada proses dan ia adalah contoh yang bagus buat kami. Perkembangan mereka sangat jelas. Mereka terkeluar daripada Liga Juara-Juara Eropah dan kini menjadi contoh kepada Arsenal. Kami harus tampil lebih bagus tetapi ia memerlukan masa dan kesabaran."
Arsenal mengikat Liverpool 1-1 dalam pertemuan sebelum ini di Emirates ketika peringkat awal kempen tetapi Emery menjangkakan cabaran lebih getir menanti di Anfield.
"Pertama sekali, mereka sentiasa bersemangat apabila beraksi di depan penyokong sendiri. Persekitaran juga memainkan peranan buat mereka," tambah Emery.
"Bagaimanapun, kami mempunyai pemain yang gemar beraksi dalam perlawanan besar dan kami tahu ia akan sukar tetapi ia adalah satu ujian penting. Saya bermotivasi dan tidak sabar untuk berdepan mereka.
"Selepas menamatkan babak pertama musim ini, kami dalam posisi yang bagus berbekalkan 38 mata. Ia tidak begitu baik tetapi melihat kepada perbandingan dengan pasukan lain, ia menjadi bagus. Kami harus meneruskan proses dalam babak kedua, meningkatkan pasukan dan menggunakan kesempatan ini untuk sedikit demi sedikit merapatkan jurang."
Tag
Astro Arena
Fri Dec 28 2018
Liverpool memiliki segalanya untuk mengikut jejak langkah pasukan bimbingan Arsene Wenger.
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China hari ini.
AWANI Ringkas: Taktik baharu scammer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [20/04/2024] - Noktahkan kemiskinan Sabah | Belum tahu jumlah peruntukan pembangkang | Freedom Flotilla to Gaza | Thailand terima 10.72 juta pelancong asing
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Dua polis BSI ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Malaysia-Thailand tingkat kerjasama atasi jenayah
Malaysia dan Thailand setuju tingkat kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan.
#AWANI745
#AWANI745
MCMC lapor polis terhadap Papagomo, Che Gu Bard dan Salim Iskandar
MCMC menegaskan pihaknya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya.
#AWANI745
#AWANI745
Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan
Hari ini bermula Kursus Haji Perdana secara berperingkat yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji.
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
1.39 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Thailand terima ketibaan 10.72 juta pelancong asing termasuk 1.39 juta dari Malaysia.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi Malaysia jalani latihan anti keganasan
Latihan ini bagi mempersiapkan peserta dalam mendepani segala kenungkinan dan provokasi yang mungkin berlaku semasa pelayaran menghantar bantuan ke Gaza berlangsung.
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Bayern, Real akhiri cabaran Eropah Arsenal, City
Anak buah Thomas Tuchel mara ke pusingan empat terbaik, selepas menang 1-0 ke atas skuad kendalian Mikel Arteta.
EPL: Arsenal perlu pamer karakter sebenar - Arteta
Arteta berkata, para pemain perlu bangkit mempamerkan karakter sebenar kerana perjuangan mereka masih belum berakhir.
EPL: Manchester City terus bagi ancaman kepada Arsenal
Manchester City kekal di atas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan perbezaan dua mata di hadapan Arsenal dan Liverpool.
EPL: Arsenal kembali rampas kedudukan teratas liga
Arsenal berjaya merampas semula kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila cemerlang ketika menewaskan Brighton 3-0.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
EPL: Arsenal rosakkan rekod gah City di Etihad
Ini kali pertama Arsenal berjaya mencatat aksi tanpa bolos atau 'cleen sheet' di kubu keramat City sejak 2015.
UCL: Arsenal tak gentar hadapi sebarang lawan -- Odegaard
Odegaard percaya Arsenal tidak perlu gentar untuk menghadapi Real Madrid, Bayern Munich atau Manchester City dalam pusingan UCL seterusnya.
UCL: Arsenal tamatkan badi 14 tahun ke suku akhir
David Raya menyelamatkan dua sepakan penalti ketika Arsenal menewaskan Porto 4-2 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dalam tempoh 14 tahun.
Arsenal bina surau buat pemain di Stadium Emirates
Ruang untuk meditasi dan berdoa ini akan mengubah kehidupan pemain Arsenal pada akan datang, kata Mohamed Elneny.
EPL: Tandukkan emas Havert pacu Arsenal ke puncak liga
Kai Havert menanduk masuk jaringan kemenangan pada penghujung minit permainan ketika menentang Brentford.