awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada surat peletakan jawatan Akmal Saleh diterima - Asyraf Wajdi
Bruno Mars umum album solo baharu ‘The Romantic’, jelajah dunia bermula April
Tempoh had PM: Selagi layak, dia boleh jalankan tugas - Hadi Awang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liverpool mungkin boikot Piala EFL - Klopp

Astro Arena
Astro Arena
31/10/2019
04:27 MYT
Liverpool mungkin boikot Piala EFL - Klopp
Liverpool selaku penyandang Liga Juara-Juara (UCL) bakal beraksi dalam Piala Dunia Kelab FIFA, yang bakal dianjurkan pada 17 hingga 21 Disember di Qatar. - Gambar fail/AP
PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, memberikan amaran bahawa The Reds mungkin akan menarik diri daripada Piala EFL jika jadual perlawanan suku akhir tidak bersesuaian.
Skuad kendalian Klopp, Liverpool, berjaya mengatasi Arsenal di Anfield menerusi penentuan penalti 5-4 selepas perlawanan berakhir dengan keputusan seri 5-5, awal pagi tadi.
Liverpool dua kali bangkit daripada ketinggalan berdepan Arsenal, tetapi Klopp bingkas menjelaskan penyertaan pasukannya dalam perlawanan suku akhir mungkin terpaksa dilepaskan.
Liverpool selaku penyandang Liga Juara-Juara (UCL) bakal beraksi dalam Piala Dunia Kelab FIFA, yang bakal dianjurkan pada 17 hingga 21 Disember di Qatar -- minggu yang sama dengan perlawanan suku akhir Piala EFL.
"Kami tidak akan menjadi mangsa kepada masalah ini," kata Klopp. "Kami bermain untuk menang dan berjaya melakukannya. Jika mereka tidak mendapatkan tarikh yang sesuai untuk kami, Liverpool tidak akan beraksi dalam pusingan seterusnya.
"Saya tidak bimbang terhadap masalah ini, bukan kami yang membuat jadual saingan.
"Saya telah memberitahu, FIFA menjelaskan Piala Dunia Kelab akan dianjurkan di Qatar dan Liverpool akan membuat penampilan. Liga Perdana Inggeris (EPL) memberitahu kami perlu ebraksi dalam saingan EPL, sememangnya apa yang kami lakukan.
"Piala EFL, jika mereka tidak mendapatkan tarikh yang sesuai untuk Liverpool, kami tidak akan beraksi dalam suku akhir. Kami perlu mengambil keputusan.
"Jika anda memiliki jadual di mana salah satu pasukan tidak boleh mengambil bahagian dalam kesemua perlawanan, anda harus memikirkan semula tentang jadual tersebut.
"Kami akan melupakan masalah ini, ramai yang berpandangan Arsenal mampu menang, tetapi saya meminta maaf."
Topic Berkaitan
#Arsenal
#EPL
#FIFA
#jurgen klopp
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Piala Dunia
#Qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan