awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luqman Hakim bakal sarung jersi nombor 9 di Kortrijk

Astro Arena
Astro Arena
13/08/2020
22:11 MYT
Luqman Hakim bakal sarung jersi nombor 9 di Kortrijk
Luqman akan menjalani 14 hari proses kuarantin di Belgium sebelum menjalani latihan bersama skuad B-21 kelab itu terlebih dahulu. - Foto Astro ARENA
KV Kortrijk sudah mula mencetak nama Luqman Hakim Shamsudin di jersi dengan padanan nombor sembilan.
Sebagai pemain mentah yang berkelana ke Eropah buat pertama kali, ia memberi isyarat bahawa Luqman Hakim berpeluang memainkan peranan besar di sana sambil Kortrijk menawarkan dua helai jersi untuk direbut peminat.
Dalam masa sama, produk Program Pembangunan Bolasepak Nasional (NFDP) itu tidak gentar dengan cabaran menanti apabila bertekad mengharumkan nama negara tatkala pemergiannya ke Eropah diselubungi emosi.
"Saya sudah berjanji kepada diri sendiri, kalau balik (Malaysia) pun saya makan maki sahaja.
"Mereka ada sepasang kaki, saya juga ada sepasang kaki jadi buat apa saya hendak takut.
"Jiwa saya kena kental," katanya yang turut ditemani ibu bapa di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bertolak ke Belgium, Rabu malam.
#9 Win a signed shirt from Luqman! Like this post Retweet this post Tag 2 friends who need to see Luqman's number! #HL9 #COYR pic.twitter.com/ry8uQeeJUO
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) August 13, 2020
Anak muda kelahiran Kelantan itu akan menjalani 14 hari proses kuarantin di Belgium sebelum menjalani latihan bersama skuad B-21 kelab itu terlebih dahulu.
"Saya cakap kepada emak agar doakan saya dapat sesuaikan diri, dapat bermain di sana.
"Saya akan tunaikan janji," katanya lagi.
Ibunya, Hasmah Che Soh, berharap anak buahnya berjaya mengejar impiannya dan berjaya di luar negara.
"Dia kena pandai sesuaikan diri di sana dan prestasi perlu meningkat demi cita-cita," katanya.
Rakan sepasukan dalam skuad B-19 negara, Razif Alimi, mengambil peluang itu untuk berjumpa Luqman Hakim sambil mengakui sebak kerana perlu membawa haluan masing-masing.
"Saya berasa sedih sebab kami bersama sejak dari kecil lagi.
"Ini kali pertama kami berpisah jadi saya berasa sedih," kata pemain tengah itu.
Topic Berkaitan
#Belgium
#cetak nama
#emosi
#Hasmah Che Soh
#jersi
#kuarantin
#KV Kortrijk
#Luqman Hakim Shamsudin
#NFDP
#skuad B-21
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan