Pasukan bola sepak lelaki Malaysia akhirnya menemui rentak kemenangan apabila berjaya menewaskan Timor Leste 4-0 pada aksi peringkat Kumpulan A, Sukan SEA ke-30, di Stadium Memorial Rizal, pada Isnin.
Pengendali pasukan Bawah (B)-22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee kembali menyenaraikan dua bintang skuad B-18 negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Muhammad Umar Hakeem dalam kesebelasan utama, manakala tempat Muhammad Akhyar Abdul Rashid, yang sebelum ini mengalami kecederaan buku lali, diisi oleh Mohamad Faisal Abdul Halim.
Turun dengan misi wajib menang besar untuk mencerahkan peluang ke pusingan separuh akhir, skuad negara bermula garang, namun pemain Timor Leste, Filomeno Junior da Costa menghadiahkan gol kepada Malaysia, apabila tertendang bola ke dalam gawang sendiri seawal minit kelima.
Penyerang yang beraksi untuk kelab Fagiano Okayama di Liga J2 Jepun, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak kemudian menggandakan jaringan selepas menyempurnakan hantaran pendek dari Muhammad Syahmi Safari pada ke-34, yang gagal dihalang oleh barisan pertahanan Timor Leste.
Pemain berusia 19 tahun itu, kemudian pada minit ke-44, mengambil baik peluang dengan menolak masuk bola yang melantun daripada percubaan Mohamad Faisal yang terkena tiang.
Bersambung babak kedua, Kim Swee membawa masuk Muhammad Akhyar dengan mengeluarkan Mohamad Faisal.
Keputusan tersebut menyaksikan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, menyempurnakan hantaran baik pemain gantian, R. Kogileswaran Raj pada minit ke-81 untuk mengesahkan kemenangan 4-0.
Malaysia membuka kempen dengan keputusan terikat 1-1 menentang Myanmar pada Isnin lalu, sebelum dikejutkan dengan kekalahan 0-1 oleh tuan rumah, Filipina pada Jumaat lepas, manakala Timor Leste dibelasah Kemboja 5-0, sebelum tewas 1-3 kepada Myanmar.
Dalam satu lagi aksi Kumpulan A, malam ini, Myanmar mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Kemboja di Stadium Bola Sepak Binan untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir.
Skuad negara dijangka menerima cabaran sengit menentang Kemboja pada Rabu ini, apabila kedua-dua pasukan bakal merebut peluang ke pusingan separuh akhir, namun ia bergantung kepada keputusan aksi di antara Filipina dan Timor Leste.
Menerusi kemenangan ini, Malaysia kini menduduki tempat ketiga berdasarkan perbezaan jaringan walaupun berkongsi empat mata bersama Kemboja yang berada di kedudukan kedua dan Filipina yang berada di kedudukan keempat, manakala Myanmar berada di kedudukan teratas dengan 10 mata.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 02 2019
Pemain Malaysia, Hadi Fayyadh Abdul Razak ketika menjaringkan gol ketiga pasukan negara pada acara bola sepak lelaki perlawanan peringkat kumpulan ketika menentang Timor Leste di Rizal Memorial Stadium hari ini. - Bernama
PHAM 2024: Tengku Hassanal berkenan sertai pengalaman XR - 'Global Collaboration Village'
Kehadiran Pemangku Raja Pahang itu adalah bersempena dengan Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan ke-6 (PHAM 2024).
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MetMalaysia
Ketinggian letusan yang dicerap, adalah sehingga 55,000 kaki, dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
Narendra Modi, pembangkang tamat kempen Pilihan Raya India
Menuju pilihan raya umum, Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin parti pembangkang utama Kongres Rahul Gandhi dan Priyanka Gandhi menamatkan kempen pada Rabu.
Kes kematian di Indonesia meningkat
Kes kematian akibat demam denggi di Indonesia semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan 179.4 peratus bersamaan 475 mangsa berbanding 170 nyawa terkorban dalam tempoh sama, tahun lalu.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Enam ditangkap, tiga lagi dikesan terlibat rompakan emas terbesar
Pihak berkuasa Kanada dan Amerika Syarikat mengumumkan enam individu telah ditangkap manakala tiga lagi sedang dikesan berhubung rompakan emas terbesar dalam sejarah Kanada pada Rabu.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.
Ada lagi pemain import sertai Sang Kenari - Nafuzi
KDA FC belanja ikut kemampuan dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.