awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran beri amaran akan bertindak balas jika Amerika lancar serangan ketika protes terus memuncak
Kebakaran hutan musnahkan lebih 100,000 hektar, penduduk di wilayah Western Cape, Afrika Selatan dipindahkan
Polis bantuan maut selepas pulang ziarah ibu tiri meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia hantar kontinjen keempat terbesar Sukan Para ASEAN 2020

Bernama
Bernama
17/12/2019
11:29 MYT
Malaysia hantar kontinjen keempat terbesar Sukan Para ASEAN 2020
Thailand menghantar kontinjen terbesar dengan 317 atlet, manakala tuan rumah, Filipina menyenaraikan 274 atlet.
Malaysia dengan 215 atlet menjadi kontinjen keempat terbesar menyertai temasya Sukan Para ASEAN 2020 di Filipina, Januari depan, menurut Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF).
Thailand menghantar kontinjen terbesar dengan 317 atlet diikuti juara bertahan, Indonesia (306) manakala tuan rumah, Filipina menyenaraikan 274 atlet pada temasya sukan dwitahunan itu yang akan berlangsung di tiga kluster - New Clark City, Subic dan Manila dari 18 hingga 24 Januari depan.
Vietnam akan diwakili oleh 109 atlet, Myanmar (108), Kemboja (76), Singapura (61), Laos (31), Brunei (31) dan Timor Leste menghantar 10 atlet.
Menurut kenyataan APSF hari ini, sukan edisi ke-10 itu menjadi temasya terbesar dalam sejarah 19 tahun sukan itu dengan penyertaan 1,533 atlet dan 829 pegawai dari 11 negara, melepasi jumlah 1,452 atlet pada edisi lalu di Kuala Lumpur pada 2017.
Sebanyak 16 sukan akan dipertandingkan dengan sukan tempuh halangan para sebagai sukan demonstrasi.
Sukan yang dipertandingkan ialah olahraga, memanah, badminton, boccia, catur, berbasikal CP, bola sepak, goalball, judo, powerlifting, renang, tenpin boling, ping pong, triatlon, bola tampar duduk dan bola keranjang berkerusi roda.
Temasya sukan tersebut merupakan platform terbaik untuk atlet memburu tiket kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APSF
#atlet negara
#Filipina
#kontinjen malaysia
#Sukan Para ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan