awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia jatuh kembali ke ranking terendahnya dalam FIFA

Bernama
Bernama
07/01/2016
15:09 MYT
Malaysia jatuh kembali ke ranking terendahnya dalam FIFA
Malaysia kini berada di dalam kelompok negara seperti Timur Leste (tempat ke-170), Mauritius (172), Puerto Rico (172) dan Comoros (174). - Gambar fail
Skuad bola sepak negara sekali lagi jatuh ke paras terendah pernah dicatatnya dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila sekali lagi berada pada kedudukan ke 171 dalam senarai ranking terkini yang dikeluarkan hari ini.
Malaysia yang jatuh kepada tempat ke-171 dalam Oktober tahun lepas tetapi menaiki satu tangga ke kedudukan 170 dalam November tahun yang sama sebelum merosot ke ranking terendahnya, tempat ke-171 sejak sistem ranking diperkenalkan FIFA pada Disember 1992.
Ketiadaan perlawanan antarabangsa mungkin antara faktor kejatuhan ranking Harimau Malaya, yang kali terakhir beraksi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 menentang Emiriah Arab Bersatu dan tewas 1-2 di Stadium Shah Alam pada 17 November lepas.
Malaysia kini berada di dalam kelompok negara seperti Timur Leste (tempat ke-170), Mauritius (172), Puerto Rico (172) dan Comoros (174).
Ranking terbaik Malaysia yang pernah dicapai ialah pada kedudukan ke-75 dalam tahun 1993.
Jiran Malaysia, Thailand merekodkan peningkatan ketara dalam ranking bulan ini apabila melonjak 12 anak tangga untuk kedudukan ke-121.
Sejak kemas kini terakhir, tiada perubahan dalam tempat 20 teratas yang menyaksikan Belgium kekal di kedudukan pertama diikuti oleh Argentina, Sepanyol dan Jerman untuk masing-masing tempat kedua, ketiga dan keempat.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FIFA
#ranking
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan