Kehebatan kontinjen negara terbukti apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Silat Asia Tenggara 2017 selepas mengumpul sembilan emas, tiga perak dan empat gangsa pada kejohanan yang berlangsung di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Gombak, hari ini.
Pada kejohanan ini, yang juga merupakan acara pra Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sembilan pingat emas negara hadir menerusi enam acara Tanding diikuti tiga acara Seni.
Sembilan pingat emas negara disumbangkan oleh juara hatrik silat dunia, Mohd Al-Jufferi Jamari dalam Kelas Putra E (65-70kg), Mohd Zarish Hakim Shukor dalam Kelas Putra C (55-60kg) manakala Mastafa Fitri Masjuri dalam Kelas Putra A (45-50kg).
Turut menyumbang emas adalah bekas juara dunia 2010, Mohd Fauzi Khalid dalam Kelas F Putra (70-75kg), Muhammad Robial Sobri dalam Kelas Putra H (80-85kg) dan wakil pesilat wanita, Siti Humairah Kasidin dalam Kelas Putri B (50-55kg).
Kilauan pingat perak pula hadir menerusi Muhammad Amirul Basaruddin dalam Kelas Putra B (50-55kg), Siti Zubaidah Che Omar dalam Kelas Putri D (60-65kg) dan trio putri negara dalam acara Seni-Regu.
Sementara pingat gangsa disumbangkan oleh Mohd Hazim Amzad dalam Kelas Putra D (60-65kg), Nurul Annisa Sobri Kelas Putri A (45-50kg), Ummi Syazana Husin dalam Kelas Putri E (65-70kg) dan trio negara dalam acara Seni-Regu.
Kejayaan itu menyaksikan Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) memberi bayangan bahawa sasaran lapan pingat emas yang diletakkan mampu bertambah pada temasya Sukan SEA dari 19 hingga 31 Ogos ini.
Setiausaha Agung Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata sasaran itu dilihat boleh meningkat berdasarkan kejayaan yang dicapai meskipun tanpa dua lagi pesilat negara yang tidak dapat bertanding akibat kecederaan.
"Saya boleh bayangkan kejayaan yang mungkin kita kecapi pada Sukan SEA Ogos ini apabila melihat kesemua pesilat kita bertempur dengan bersungguh-sungguh seterusnya meraih kejayaan.
"Jumlah emas pada kejohanan ini mungkin akan bertambah sekiranya dua pesilat kita yang juga merupakan juara dunia turut bertanding tetapi mereka terpaksa diketepikan kerana kecederaan," katanya kepada pemberita di sini.
Dalam pada itu, pasukan Vietnam muncul naib juara keseluruhan selepas meraih lima emas, lima perak dan tujuh gangsa diikuti Singapura di tempat ketiga yang mengumpul empat emas, enam perak dan empat gangsa.
Tujuh negara ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia mengambil bahagian pada kejohanan edisi ketujuh itu.
Sebanyak 19 kategori termasuk enam acara silat seni dipertandingkan pada kejohanan yang berlangsung selama empat hari itu. -- Bernama
Bernama
Sat Mar 18 2017
Pesilat lelaki negara Mohd Fauzi (kanan) mengasak pesilat dari Singapura Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin pada pusing akhir Kelas F Kejohanan Silat Asia Tenggara kali ketujuh di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Gombak hari ini. - Foto Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Awas! Pihak main sentimen rakyat, ancam keharmonian
Apa pendekatan yang boleh dilakukan untuk membendung tindakan pihak-pihak yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan yang mengancam keharmonian negara?
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Nombor plat eksklusif UUM bukan hanya untuk warga universiti
Nombor plat eksklusif UUM bukan khusus dijual kepada warga universiti tetapi boleh dimiliki oleh orang awam atau syarikat yang berminat dengan plat tersebut.
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Trip.com raih pertumbuhan tidak dijangka bagi tempahan perjalanan
Pulau Pinang dan Kota Kinabalu mengalami pertumbuhan ketara, dengan jumlah tempahan meningkat, masing-masing sebanyak 62 peratus dan 89 peratus tahun ke tahun.
MIDF Research kekal pandangan positif
Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, HPI Malaysia telah berada pada trajektori menaik sejak 2022, berikutan pembukaan semula ekonomi.
Axiata Group, Dialog dan Bharti Airtel meterai perjanjian di Sri Lanka
Urus niaga itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan kalangan pemegang saham Dialog dan menunggu pemuktamadan syarat-syarat tertentu yang digariskan dalam perjanjian jualan saham itu.
Matrade anjur pameran halal di Dubai
Pameran perdagangan halal itu, yang diunjurkan mencapai RM1 bilion dalam jualan, akan menampilkan sejumlah 2,000 gerai dari 45 negara dengan 14 kluster, termasuk kluster bahan halal yang baru diperkenalkan.
Industri penerbangan Malaysia berisiko - Maybank IB
Syarikat penerbangan seperti Capital A dan AirAsia X, juga mungkin melihat pendapatan dan harga saham mereka dikurangkan kerana mereka lebih terdedah kepada kenaikan harga bahan api jet.
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Malaysia juara keseluruhan Kejohanan Silat Asia Tenggara 2017
Kehebatan kontinjen negara terbukti apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Silat Asia Tenggara 2017 selepas mengumpul sembilan emas, tiga perak dan empat gangsa.