Malaysia tidak perlu penjelmaan pemain bola sepak terkemuka dunia seperti Ronaldo atau Lionel Messi untuk muncul sebagai salah satu gergasi bola sepak, kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.
Beliau yang berada di Kuala Lumpur buat kali pertama sebagai Presiden FIFA berkata unsur penting yang diperlukan dalam menyaingi negara yang memiliki pasukan bola sepak yang hebat, adalah disiplin dan pelan tindakan atau halatuju yang menyeluruh.
"Tidak ada formula silap mata, tidak ada rahsia... untuk melihat Malaysia akan menjadi juara dunia pada masa hadapan. Satu-satunya jalan adalah dengan bekerja keras," katanya kepada pemberita selepas melancarkan F30 yang merupakan pelan halatuju Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.
"Sudah pasti di negara seperti Malaysia, dengan usaha gigih, kejayaan pasti datang. Tidak perlu menunggu kelahiran Ronaldo atau Messi di sini untuk membolehkan Malaysia menikmati kejayaan. Ia boleh dicapai menerusi usaha keras, disiplin dan pelan tindakan yang lengkap," katanya kepada permberita selepas majlis perasmian F:30 FAM, di sini.
FAM hari ini melancarkan pelan halatuju baharunya F:30 yang disasar untuk meletakkan pasukan bola sepak negara dalam kelompok lima pasukan gergasi bola sepak terbaik di Asia menjelang 2030.
Sementara itu Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa yang turut hadir ke majlis pelancaran itu berkata beliau menganggap F:30 sebagai kerangka kerja asas yang dapat membina ekosistem yang dapat memupuk pertumbuhan bolasepak Malaysia.
"Bagi pihak AFC, saya berharap Malaysia akan memperoleh hasil yang diharapkan menerusi initiatif hebat ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 31 2018
Presiden FIFA Gianni Infantino berucap pada Majlis Pelancaran F:30 di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
TikTok mulakan ujian untuk aplikasi perkongsian gambar dan teks
TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.
Ada lagi pemain import sertai Sang Kenari - Nafuzi
KDA FC belanja ikut kemampuan dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.