Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan Elektronik Dunia (WESG) Asia Pasifik 2019-2020 dengan disertai 260 pemain dari 58 negara di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini, dari 3 hingga 5 Januari depan.
Empat permainan e-sukan iaitu DOTA2 (Defenders of the Ancients), Counter Strike: Global Offensive (CS GO), Starcraft 2 dan Pro Evolution Soccer (PES) akan dipertandingkan untuk merebut hadiah wang tunai US$300,000 (RM1.248 juta) serta tiket ke pusingan Grand Final WESG di China, tahun depan.
WESG merupakan inisiatif, Alibaba Sports, anak syarikat gergasi e-dagang China, Alibaba Group, manakala final WESG Asia Pasifik dianjurkan bersama dengan Esports International Group (EIG) dari Hong Kong, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan SBS Events.
Pengarah Kanan Global Esports, Alibaba Sports, Jason Fung, dalam sidang media, di sini pada Isnin, berkata WESG Asia Pasifik buat pertama kali dianjurkan di luar China.
"Sokongan luar biasa daripada semua rakan kongsi kami membolehkan Malaysia dipilih sebagai negara tuan rumah," katanya.
BACA: Sukan SEA: 'Permulaan positif' - Atlet e-sukan teruja dengan pengiktirafan
Sempena dengan pertandingan, sebuah Persidangan Teknologi Kewangan (FinTech) WESG, diiktiraf oleh MDEC, akan diadakan pada 2 Januari ini bagi membincangkan teknologi kewangan dalam e-sukan di Malaysia dan pembangunan teknologi 5G dalam e-sukan.
Persidangan tersebut menampilkan penceramah utama seperti pakar undang-undang siber, korporat dan keselamatan, Prof Simon Choi, Ricky Lau, ketua firma perundingan haratanah terkemuka global, Savills dan Brian Au, pakar pembangunan strategik di Asia Pasifik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 09 2019
Sebuah Persidangan Teknologi Kewangan (FinTech) WESG akan diadakan pada 2 Januari ini bagi membincangkan teknologi kewangan dalam e-sukan di Malaysia dan pembangunan teknologi 5G dalam e-sukan. - Gambar hiasan
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Ekonomi digital main peranan utama selepas pandemik - Alibaba
Alibaba Group menjangkakan ekonomi digital akan memainkan peranan yang lebih penting dalam pemulihan, penstrukturan semula rantaian bekalan.
COVID-19 telah menyebabkan ekonomi digital dipercepatkan - Alibaba
Pandemik COVID-19 akan mempercepatkan langkah syarikat terutamanya mikro, kecil dan sederhana (MSME) ke arah ekonomi digital, kata Alibaba Group.
Malaysia tuan rumah WESG 2019-2020 Asia Pasifik, Januari depan
Empat permainan e-sukan iaitu DOTA2 (Defenders of the Ancients), Counter Strike: Global Offensive (CS GO), Starcraft 2 dan Pro Evolution Soccer (PES) akan dipertandingkan.
Jualan 11.11 Alibaba cecah US$10 bilion dalam tempoh sejam pertama
Syarikat itu mengumumkan angka tersebut mengatasi GMV 2017 yang merekodkan 168.2 bilion (1 yuan/renminbi = RM0.60) secara keseluruhan tempoh 24 jam.
Alibaba yakin masa depan negara, ikrar tambah pelaburan di Malaysia
Gergasi platform atas talian Kumpulan Alibaba yakin terhadap masa hadapan negara di bawah kepimpinan baharu dan akan terus melabur di negara ini.
Alibaba Group contoh negara lain lebih maju dari Malaysia
Pengasas Alibaba Group, Jack Ma mendapat inspirasi untuk menubuhkan syarikatnya selepas membaca tentang MSC di surat khabar 20 tahun yang lalu.
Perkara yang perlu dipelajari 'Dak Dak Wicet' Malaysia
Di China, apabila WeChat digunakan secara sangat meluas, sehingga segalanya dipacu daripada aplikasi tersebut.
Apa yang anda perlu tahu tentang DFTZ
Apa itu Zon Perdagangan Bebas Digital atau Digital Free Trade Zone Digital Trade Free Zone. Isabelle Leong ada faktanya.