SELEPAS pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, melengkapkan senarai akhir atlet ke Sukan Olimpik Rio, Ogos ini, persoalan yang bermain kini mampukah barisan negara bersaing, sekali gus menghadirkan pingat?
Seramai 32 atlet daripada 10 sukan akan mengibarkan cabaran negara dalam temasya Olimpik Ke-31 di Rio.
Sandaran utama masih lagi diletakkan kepada pemain perseorangan badminton, Datuk Lee Chong Wei, dan ratu terjun, Pandelela Rinong, untuk meraih pingat.
Namun, pemerhati sukan tempatan, Rizal Hashim, tidak menolak sukan-sukan lain seperti memanah dan berbasikal trek mampu memberikan kejutan jika tuah hari pertandingan memihak mereka.
"Saya percaya prospek yang cerah akan datang daripada Azizulhasni Awang dalam acara lumba basikal, khususnya acara keirin, dan juga pemanah, Khairul Anuar Mohamad.
"Kita mengharapkan sama ada daripada acara berpasukan atau perseorangan dalam acara memanah recurve. Kita mengharapkan Khairul Anuar akan melakukan kejutan selepas mara ke suku akhir temasya di London, empat tahun lalu.
"Apa yang kita harapkan, setiap atlet yang bertandang ke Rio dapat mempamerkan sekurang-kurangnya prestasi terbaik mereka, mencipta rekod kebangsaan atau kedudukan yang paling baik yang pernah mereka raih dalam sejarah kerjaya mereka," katanya.
Malaysia kini boleh mendabik dada apabila terdapat peningkatan atlet yang berjaya layak secara merit ke Sukan Olimpik kali ini yang kebanyakannya hadir melalui atlet-atlet muda seperti Welson Sim Wee Sheng, Jonathan Wong, dan Nur Dhabitah Sabri.
Justeru, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad, berpandangan realistik dengan menuntut penampilan mereka di Olimpik dimanfaatkan sebaik-baiknya walaupun sedar sukar meraih pingat.
"Mereka bukan sahaja perlu menunjukkan yang terbaik bagi diri mereka tetapi perlu melihat keadaan atlet lebih baik dari mereka, contohnya persediaan mereka. Itulah yang lebih penting bagi saya. Mereka akan pulang dengan pengalaman dan semangat yang baru untuk menyediakan diri ke Olimpik yang akan datang.
"Sekurang-kurangnya, mereka hendaklah menunjukkan prestasi yang lebih baik dari di Sukan Asia," katanya.
Berikut senarai acara sukan yang mempunyai wakil negara dalam Sukan Olimpik di Rio nanti. Badminton memiliki paling ramai atlet yang layak, iaitu lapan pemain, diikuti terjun, enam.
Paling membanggakan apabila golf turut mampu menyenaraikan empat atlet yang layak secara merit.
Badminton: 8
Terjun: 6
Golf: 4
Memanah: 3
Renang: 3
Olahraga: 2
Pelayaran: 2
Basikal trek: 2
Menembak: 1
Angkat berat: 1
Astro Arena
Thu Jul 14 2016
Setiap atlet yang berpeluang bertanding di Rio akan mempamerkan aksi terbaik mereka. - Gambar fail
Dengan deria bau tajam, tikus Afrika kesan penyeludupan hidupan liar
Tikus besar ini menggunakan deria bau mereka yang tajam untuk membantu mengesan penyeludup dan melindungi spesies terancam.
Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.
Polis buru lelaki di Berlin selepas tinggalkan bahan letupan di stesen kereta api
Penyiasat terus mencari lelaki itu yang melarikan diri dari tempat kejadian di stesen kereta api Neukolln, selatan Berlin.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai penerima darjah, pingat kebesaran Perak
Syed Danial, 80 tahun, dianugerahkan darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
16 titik panas global berdepan krisis kelaparan yang serius - Laporan
Laporan oleh FAO dan WFP itu menyatakan bahawa tiada keterjaminan makanan yang akut mengancam 22 negara.
Israel dijangka lancar operasi ke kem pelarian, susulan pengharaman UNRWA - MAHAR
Jismi berkata, RUU yang diluluskan bagi mengharamkan UNRWA adalah bagi memastikan Israel tidak dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kezaliman.
Piawaian keselamatan makanan perlu diperketat lindungi kesihatan awam - Lee
Hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap mereka yang melanggar piawaian keselamatan makanan sebagai usaha mengukuhkan aspek berkenaan.
Thailand gesa gencatan senjata segera di tengah konflik memuncak di Asia Barat
Kementerian Luar Thailand mengulangi gesaan agar semua pihak segera menghentikan serangan balas bagi mengelakkan keadaan meruncing.
Tumpuan Jumaat – 1 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (31 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Paralimpik Paris 2024: Anwar ucap selamat maju jaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.
'Meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul' - Hannah
Hannah mahu memperkemaskan struktur dalam barisan kepimpinan sukan menerusi pendekatan meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul.
Pembukaan Olimpik 2024: Koleksi 'The Malaya' Rizman Ruzaini bakal jadi tumpuan di Paris
THE Malaya, hasil cetusan ilham yang dihasilkan pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini untuk atlet Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 bakal menjadi tumpuan dunia pada 27 Julai ini.
Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli
MSN dan ISN sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.
Henti sebarkan perkara tidak rasmi berkaitan atlet Malaysia ke Olimpik Paris 2024 - Hannah
Ia bagi membolehkan atlet berada dalam keadaan fokus kepada persediaan mereka dan pada masa sama menjaga kesihatan mental 26 atlet negara.
Johnathan tekad lakukan yang terbaik pada penampilan kedua di pentas Olimpik
Johnathan Wong sifatkan persediaannya berada di tahap terbaik untuk memastikan dirinya mampu menghasilkan keputusan positif.
Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris
Dua perenang negara Steve Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin menjadi atlet terbaharu negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik Paris 2024.
Sukan Olimpik: Ashley Lau atlet ke-22 negara layak ke Paris 2024
Pemain golf wanita profesional negara, Ashley Lau Jen Wen akan membuat penampilan sulung dalam edisi kali ini.
Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.