PIALA Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sah milik Manchester City selepas menundukkan Brighton & Hove Albion 4-1 dalam perlawanan terakhir di Stadium AMEX, sebentar tadi.

Manchester City dinobat sebagai juara EPL selepas mengumpul 98 mata berbanding Liverpool yang mengumpul 97 mata.

Berdepan Brighton, City bagaimanapun dikejutkan gol pendahuluan oleh pasukan lawan menerusi jaringan Glenn Murray pada minit ke-27.

Tersentak jaringan itu City membalas serangan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Sergio Aguero seminit berselang.

Manchester City dinobat sebagai juara EPL selepas mengumpul 98 mata berbanding Liverpool yang mengumpul 97 mata. - Foto REUTERS

10 minit kemudian Aymeric Laporte meletakkan City di hadapan sebelum menutup babak pertama.

Riyad Mahrez cemerlang membuka aksi babak kedua dengan jaringan menarik untuk meletakkan City selesa 3-1.

Ilkay Gundogan mengesahkan kejuaraan City kali ini dengan menjaringkan gol ke-empat pada minit ke-71 untuk kemenangan 4-1.