PELUANG Manchester City raih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin cerah.
Ia selepas skuad kendalian Pep Guardiola itu berjaya tewaskan Manchester United 2-0 dalam perlawanan di Old Trafford pada pagi Khamis.
Sepakan rendah oleh Bernardo Silva catat gol pertama The Citizens pada minit ke-54.
Susulan itu Leroy Sane tambah derita The Red Devils enam minit kemudian.
Kemenangan itu menyaksikan Manchester City mendahului Liverpool satu mata di persada liga.
City turut mencatat rekod baharu dalam jumlah jaringan bagi satu musim di EPL, dengan 157 gol setakat ini.
City memecahkan rekod mereka sendiri yang dilakar bersama bekas pengurus, Manuel Pellegrini, pada musim 2013-14 di mana mereka turut meraih kejuaraan Liga Perdana dan Piala Liga (EFL).
Selepas memenangi aksi 'derby' itu, City akan bergelar juara andai memenangi tiga baki perlawanan musim ini bermula dengan kunjungan ke Burnley, hujung minggu ini.
Sementara itu, United kini dibolosi dalam 12 perlawanan berturut-turut untuk menjadi rekod terburuk sejak Ogos 1971.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu kini mengalami tujuh kekalahan daripada sembilan perlawanan terakhir untuk ketinggalan tiga mata di belakang pasukan di tangga keempat, Chelsea, bagi perebutan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Nursyazwani Saiful Sham
Wed Apr 24 2019
Pemain Manchester City, Bernardo Silva menjaringkan gol pertama pasukannya. - Foto Action Images via Reuters/Carl Recine
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Piala FA Inggeris: Bernardo Silva bidas jadual abai kesihatan pemain
Silva menjaringkan gol kemenangan lewat ketika City yang kelihatan letih melakar kemenangan 1-0 ke atas Chelsea di Wembley, pada Sabtu.
Cristiano Ronaldo akui dia bukan lagi ‘pemain terbaik’ Portugal?
Bernardo Silva telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal walaupun Cristiano Ronaldo masih beraksi untuk negaranya.
UCL: Manchester City pamer kelas tersendiri belasah Real Madrid untuk ke final
Eder Militao terjaring gol ke gawang sendiri sebelum Julian Alvarez menambah satu lagi jaringan pada lewat permainan.
Perpindahan Bernardo Silva ke Barcelona sekadar spekulasi, kata wakil Man City
Ferran Soriano sekali lagi menolak spekulasi mengenai keinginan pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva, ke Barcelona.
Bernardo Silva masih dalam perancangan Barcelona
Silva dikaitkan dengan perpindahan ke Camp Nou sebagai pengganti berpotensi kepada Frenkie de Jong yang dikhabarkan menarik minat Manchester United dan Chelsea.
Manchester City pintas Chelsea
Tandukan awal Raheem Sterling terlebih dulu meletakkan The Citizens di depan seawal minit keempat perlawanan.
EPL: Hatrik Sterling benam Brighton
Raheem Sterling menjaringkan hatrik ketiga musim ini ketika Manchester City menewaskan Brighton 5-0.
Guardiola antara pengurus terbaik pernah ada - Bernardo Silva
Guardiola membimbing City memenangi dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris, tiga Piala EFL dan satu gelaran Piala FA selain dua kejuaraan Perisai Komuniti sejak mengambil alih pasukan itu pada 2016.
Bernardo Silva digantung satu perlawanan oleh FA
Pihak FA mendakwa Silva pada awal bulan lalu dan pemain Portugal itu mengaku bersalah telah melanggar Peraturan E3.
30 minit pertama yang luar biasa - Silva
Selepas mengalami kekalahan mengejut kepada Norwich City minggu lalu, skuad kendalian Pep Guardiola itu kembali menemui rentak kemenangan dalam saingan EPL dengan penuh bergaya.