PENDAHULU liga, Manchester City tidak memberikan ruang untuk Swansea apabila membenam tuan rumah 3-1 di Stadium Liberty.

Penyerang Sergio Aguero yang kembali daripada penggantungan tiga perlawanan kembali dengan jaringan gol seawal minit kesembilan.

Skuad kendalian Francesco Guidolin bangkit menyamakan kedudukan menerusi Fernando Llorente yang menyambar gol sulungnya selang empat minit kemudian menerusi percubaan rembata voli yang menarik.

The Citizens dihadiahkan sepakan penalti selepas pertahanan Swansea, Mike van der Hoorn melakukan kekasaran ke atas Kevin de Bruyne dan Aguero menjaringkan gol keduanya.

Raheem Sterling menambah gol ketiga hasil serangan balas pantas untuk membantu City kini selesa empat mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris.