awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester United atasi Real Madrid, Barcelona sebagai kelab terkaya dunia

Astro Arena
Astro Arena
19/01/2017
04:39 MYT
Manchester United atasi Real Madrid, Barcelona sebagai kelab terkaya dunia
Manchester United menikmati perolehan pendapatan tertinggi oleh sesebuah kelab bola sepak. - Gambar fail
MANCHESTER United menikmati perolehan pendapatan tertinggi oleh sesebuah kelab bola sepak apabila penjanaan pendapatan melonjakkan mereka dalam senarai teratas yang dikeluarkan 'Deloitte Football Money League' sejak Real Madrid menguasai carta itu pada 2004.
Juara 20 kali Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memperoleh pendapatan sebanyak 689 juta Euro (RM3.2 bilion) hasil daripada hak komersial yang meningkat kepada 100 juta Euro (RM4.7 juta).
Madrid tergelincir di tangga ketiga di belakang Barcelona yang kekal di tangga kedua. Kesemua tiga kelab terbesar itu melepasi pendapatan sebanyak 600 juta Euro, musim lalu.
Manchester City mendaki ke tangga kelima buat julung kalinya untuk berada di belakang Bayern Munich manakala Leicester City memasuki kelompok 20 pasukan terbaik buat kali pertama berikutan kejayaan meraih trofi EPL dan layak ke saingan Liga Juara-Juara.
Sebanyak 20 pasukan dengan pendapatan tertinggi dunia itu menghasilkan pendapatan sebanyak 7.4 bilion Euro pada 2015-16, peningkatan sebanyak 12 peratus daripada musim sebelumnya.
Lapan kelab EPL yang berada dalam kelompok 20 pasukan teratas menjana separuh daripada perolehan itu (3.2 bilion Euro).
Rakan kerjasama Sports Business Group di Deloitte, Dan Jones, berkata: "Manchester United perlu menunggu sehingga 11 tahun untuk kembali di posisi mereka sebagai peneraju penjanaan pendapatan kelab dan perkembangan komersial telah membantu mereka meraih pencapaian ini.
"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kemampuan mereka dalam memastikan kerjasama komersial sebagai faktor penting untuk mereka kembali meraih kedudukan puncak 'Money League'.
"Mereka akan berdepan cabaran sengit daripada Barcelona dan Real Madrid untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam edisi tahun depan, susulan daripada ketiadaan aksi dalam Liga Juara-Juara, kelemahan nilai mata wang Pound berbanding mata wang Euro selain dalam jangka masa panjang, kelab-kelab lain akan merujuk kepada perjanjian pasaran komersial mereka."
Pengurus kanan di Deloitte, Tim Bridge, percaya kedudukan terbaru itu mencerminkan kekuatan kewangan pasukan EPL, namun kedudukan Leicester yang melonjak ke tangga ke-20 membuktikan nilai kejayaan sesebuah pasukan.
"Money League terus menunjukkan kewangan EPL yang kukuh," katanya.
"Leicester City membuktikan kejayaan di atas padang akan memberikan mana-mana pasukan EPL untuk berada dalam kelompok 20 teratas.
"Dengan Leicester sudah pun layak ke pusingan ke-16 dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini, kami menjangkakan mereka akan mengekalkan posisi mereka di kelompok 20 pasukan teratas dan berpotensi untuk terus mendaki beberapa anak tangga lagi."
Senarai 20 kelab terkaya:
1. Manchester United 2. Barcelona 3. Real Madrid 4. Bayern Munich 5. Manchester City 6. Paris Saint-Germain 7. Arsenal 8. Chelsea 9. Liverpool 10. Juventus 11. Borussia Dortmund 12. Tottenham 13. Atletico Madrid 14. Schalke 04 15. Roma 16. AC Milan 17. Zenit St Petersburg 18. West Ham 19. Inter Milan 20. Leicester City
Topic Berkaitan
#barcelona
#berita bola sepak
#berita sukan
#EPL
#kelab terkaya
#Manchester United
#Real Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan