MANCHESTER United membatalkan hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain Tottenham Hotspur, Christian Eriksen.

Keputusan ini selepas pemain itu menyatakan dia lebih berminat untuk beraksi dengan Real Madrid.

United sebelum ini dilaporkan mahu mengikat Eriksen sebelum tamat jendela perpindahan musim ini.

Eriksen hanya mempunyai baki setahun di bawah kontraknya dengan Tottenham.

Kelab itu dilaporkan sedia melepaskan Eriksen dan timbul cakap-cakap bahwa wujud rundingan mengenai perpindahan pemain itu ke Real Madrid.

Namun, pengurus Real, Zinedine Zidane, telah memberi bayangan dia lebih berminat untuk mendapatkan khidmat Paul Pogba.