Manchester United mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Arsenal dalam perlawanan pusingan ke-4 Piala FA di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Alexis Sanches, bekas pemain skuad The Gunners, menjaringkan gol sulung perlawanan pada minit ke-31.

Seterusnya, tekanan dirasai skuad tuan rumah apabila Jesse Lingard menyumbang gol kedua The Red Devils, dua minit berselang.

Tuan rumah cuba bangkit dan percubaan Pierre-Emerick Aubameyang berjaya menjaringkan gol pada minit ke-43 perlawanan.

Nyata tidak puas, anak buah Ole Gunna Solskjaer itu memastikan mereka pulang dengan tiga gol menerusi Anthony Martial pada minit ke-82.