Manchester United kembali bangkit untuk mencatatkan kemenangan selepas kekalahan kepada pasukan
Tottenham Hotspur untuk menundukkan Hunddersfield Town 2-0 dalam Liga Perdana Inggeris di Stadium Old Trafford pada Sabtu.

Romelu Lukaku menyumbat gol pertama pada minit ke 55, sebelum Alexis Sanchez menambah gol kedua United menerusi sepakan penalti pada minit ke 68.

Jaringan itu merupakan gol pertama Sanchez sejak menyertai Red Devils.

Kemenangan itu membolehkan United terus kekal di tempat kedua dengan mengumpul 56 mata daripada 16 perlawanan, namun masih jauh ketinggalan 13 mata di belakang Manchester City yang terus unggul di takhta liga dengan 69 mata.

Dalam perlawanan awal pagi tadi, Paul Pogba tidak disenaraikan dalam barisan pemain dan digantikan Scott McTominay.

Red Devils menguasai padang sejak awal permainan.

Meskipun mempunyai 77 peratus penguasaan bola pada separuh pertama, United gagal memecahkan kebuntuan sehingga pada minit ke 55.