WOLVES 1 LIVERPOOL 2

Sadio Mane mengalami kecederaan hamstring tetapi Liverpool masih tidak mengetahui tahap masalah tersebut, jelas pengurus, Jurgen Klopp.

Bintang Senegal itu dikeluarkan dalam separuh masa pertama ketika pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) menang 2-1 di Wolves, awal pagi tadi.

Mane mengalami kecederaan tersebut ketika berusaha mengejar hantaran Mohamed Salah dan digantikan oleh Takumi Minamino selepas 33 perlawanan berlangsung.

Klopp berharap kecederaan itu tidak serius tetapi perlu menunggu terlebih dahulu sehingga pemeriksaan lanjut boleh dijalankan.

"Sangat kecewa menyaksikan Mane meninggalkan padang," katanya. "Kami berharap ia tidak begitu serius, hanya sekadar kekejangan otot. Tetapi kami akan melihat lebih teliti pada hari esok.

Klopp berkata lagi, "Dia dapat berasakan sesuatu pada otot hamstringnya. Kami masih tidak mengetahui lagi dan perlu menunggu."

Jaringan pembukaan Jordan Henderson dinafikan oleh Raul Jimenez dan Wolves kelihatan dapat berkongsi mata sebelum Roberto Firmino meledak gol kemenangan pada minit ke-84.

Klopp menerima pasukannya tidak berada di tahap terbaik, kecewa dengan jaringan yang diperoleh Wolves namun gembira di sebalik sentuhan klinikal Firmino.

"Kami menjaringkan gol yang cantik. Mengawal permainan tetapi cara Wolves mendapatkan jaringan sangat berkualiti.

"Jaringan daripada serangan balas tidak masuk akal ketika anda mendahului perlawanan dengan satu jaringan.

"Kami mengubah sistem permainan dua atau tiga kali, cuba mengawal keadaan. Kami memiliki peluang dalam separuh masa pertama dan akhirnya sentuhan Firmino membenarkan kami meraih kemenangan."