Doa Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Hamdan Wahid termakbul apabila pasukan Harimau Malaya mara ke perlawanan akhir, Piala AFF Suzuki.

Beliau yang menyaksikan perlawanan separuh akhir bersama kakitangan Astro AWANI, pada awalnya amat mengharapkan sekurang-kurangnya Malaysia seri pada perlawanan menentang Thailand.

Keriuhan di bilik berita ibarat berada di Stadium Rajamangala itu disulami debaran selepas wisel penalti kepada Thailand ditiup.

BACA: #WeBelangTogether: Malaysia mara ke final Piala AFF Suzuki

Malah, sebelum penyerang skuad Gajah Perang, Adisak Kraisorn mengambil sepakan penalti, Hamdan turut menjangkakan bahawa bola tersebut akan tersasar ke atas gawang.


Tekaan itu menepati ramalan sekaligus Hamdan bersama kakitangan Astro AWANI bersorak disusuli tiupan wisel pengadil, Adham Makhadmeh.

Hamdan hadir ke Astro AWANI bagi menghadiri temubual menerusi program Agenda AWANI.