Berita  | Sukan

Maradona putus cinta, dihalau kekasih keluar dari rumah yang dibelinya

Maradona putus cinta, dihalau kekasih keluar dari rumah yang dibelinya
MARADONA dilaporkan terlalu sedih kerana Rocio Oliva bertindak meninggalkannya dan menghalaunya keluar dari rumah. Gambar sosial media
SUDAH jatuh ditimpa tangga. Demikian nasib malang yang sedang dilalui legenda bola sepak dunia, Maradona.

Dia bukan hanya patah hati dengan kekasihnya, Rocio Oliva yang berusia 30 tahun lebih muda daripadanya, bahkan turut diusir keluar dari kediaman yang dihadiahkan buat cinta hatinya itu.
Rumah yang dibelikan Maradona buat Oliva terletak di Bella Vista iaitu di kawasan kediaman elit di Buenos Aires, Argentina.

Maradona yang berusia 58 tahun dan Oliva dilaporkan tidak sependapat dan 'bertengkar' di rumah yang didiami mereka sebelum insiden dia diusir.

Berita perpisahan Mardona dengan Oliva dikongsi oleh wartawan dari Argentina, Lio Pecoraro dalam program Todas Las Tardes di saluran El Nueve.

Maradona bertemu dengan Oliva pada 2012 selepas bercerai dengan Claudia Villafane pada 2003 selepas berkahwin selama 17 tahun.

Oliva merupakan bekas pemain bola sepak wanita yang pernah bermain untuk beberapa kelab di Argentina.