awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
Syarikat telco diminta segera pulihkan gangguan perkhidmatan selular di Pulau Tioman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Martial nafi bakal angkat kaki menjelang jadual padat United

Astro Arena
Astro Arena
07/02/2017
01:26 MYT
Martial nafi bakal angkat kaki menjelang jadual padat United
Martial hanya memerhatikan kemenangan 3-0 United ke atas Leicester City pada awal pagi semalam di bangku simpanan pemain. - Reuters
PENGGEMPUR Manchester United, Anthony Martial, menafikan spekulasi yang mengatakan dia ingin berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) pada penghujung musim ini.
Masa depan pemain kebangsaan Perancis itu dalam keraguan kebelakangan ini berikutan jarang mendapat tempat di bawah bimbingan Jose Mourinho musim ini.
Martial muncul sebagai penjaring terbanyak United dengan 17 gol pada musim 2015-16, nasibnya sama sekali berbeza sejak ketibaan Mourinho dan hanya diturunkan sekali dalam empat aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL).
Beberapa laporan di England mendakwa pemain berusia 21 tahun itu percaya pengurusnya itu cuba menyingkirkannya dari Old Trafford, dengan PSG dikatakan berminat untuk membawanya kembali ke Ligue 1.
Martial menggunakan akaun Twitter untuk menepis segala khabar angin tersebut dengan berkata, "Usah percaya dengan akhbar, ia tidak benar, ayuh United."
Martial hanya memerhatikan kemenangan 3-0 United ke atas Leicester City pada awal pagi semalam di bangku simpanan pemain dan dia dijangka akan terlibat dalam jadual padat yang bakal ditempuhi United.
Skuad kendalian Mourinho itu akan berdepan Watford dalam aksi liga, hujung minggu ini, sebelum menghadapi pertemuan pertama pusingan ke-32 Liga Europa berdepan Saint-Etienne, disusuli kunjungan ke Blackburn Rovers bagi aksi Piala FA, minggu berikutnya.
United akan berkunjung pula ke Saint-Etienne untuk aksi timbal balik Liga Europa pada 23 Februari, sebelum membuat perhitungan dengan Southampton di Wembley bagi merebut Piala Liga Inggeris (EFL), empat hari kemudian.
Topic Berkaitan
#Anthony Martial
#berita bola sepak
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan