Tutup

Berita  | Sukan

Martial, Pogba lonjak Manchester United ke slot Liga Juara-Juara

Martial, Pogba lonjak Manchester United ke slot Liga Juara-Juara
Dua gol daripada Paul Pogba dan percubaan individu Anthony Martial memastikan kemenangan ke-10 daripada 11 perlawanan. - Foto AP
CRAVEN COTTAGE: Manchester United kini melangkah ke dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas merakamkan kemenangan 3-0 ke atas Fulham di Craven Cottage, sebentar tadi.

Dua gol daripada Paul Pogba dan percubaan individu Anthony Martial memastikan kemenangan ke-10 daripada 11 perlawanan buat pasukan pelawat di bawah pimpinan pengendali sementara, Ole Gunnar Solskjaer.
United, yang merehatkan Pemain Terbaik EPL Bulan Januari, Marcus Rashford, melakukan enam pertukaran daripada kemenangan 1-0 ke atas Leicester City, tidak diberikan sebarang ancaman daripada Fulham.

Permulaan yang positif buat Fulham apabila Luciano Vietto berjaya melepaskan rembatan voli namun kegagalannya menewaskan David de Gea dihukum 14 minit kemudian, Pogba bijak mencari ruang untuk menembusi gawang tuan rumah.
United tenang menyerapkan asakan demi asakan Fulham bagi mencari ruang untuk melancarkan serangan balas, usaha mereka berhasil apabila Phil Jones merampas bola sebelum melakukan lorongan kepada Martial, yang berjaya menggelecek melepasi Denis Odoi dan Maxime Le Marchand sebelum mengatasi penjaga gol, Rico.

Fulham kelihatan buntu mencari jalan menembusi pertahanan ampuh United, hingga memaksa Claudio Ranieri melakukan pertukaran formasi dan membawa masuk Cyrus Christie menggantikan Andre Schurrle.

United menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Pogba, keputusan yang diberikan oleh pengadil selepas Le Marchand menjatuhkan Juan Mata.

Sila klik di sini untuk layari Stadium Astro



Tag: EPL, Manchester United, serangan, Liga Perdana Inggeris, Fulham, Pogba, Red Devils, Anthony Martial, Paul Pogba



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.