Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Sukan

Masalah rabun serius, Kirthana terima hakikat

Masalah rabun serius, Kirthana terima hakikat
KIRTHANA: Jika perkara ini menjadi lebih teruk, ia akan memudaratkan kehidupan saya kelak. Saya berharap rawatan yang boleh dilakukan tanpa pembedahan. - Foto Astro ARENA
DI sebalik setiap kejayaan pasti mempunyai pelbagai kesukaran, kesulitan serta penderitaan. Bagaimanapun, faktor-faktor itu yang membuat satu kejayaan begitu manis. Kini atlet olahraga negara, R. Kirthana tampil meluahkan kesukaran dihadapi yang mungkin menghindari impiannya ke temasya Sukan Olimpik Tokyo.

Kirthana telah lama mengalami masalah rabun yang serius dan ia telah membelenggu atlet tersebut bagi menjalani latihan intensif sekaligus merencatkan program untuk beraksi di tahap yang lebih tinggi.
Ketua jurulatih olahraga para, R. Jegananthan, merupakan antara individu yang terlibat dalam usaha untuk membantu memastikan penglihatan kembali baik dan meletakkan harapan untuk dia terus beraksi bersama skuad kebangsaan.

"Ketika saya sudah menjalani latihan fasa akhir menghadapi Sukan Sea Kuala Lumpur, baru saya menyedari saya mempunyai masalah mata selepas jurulatih meminta saya untuk rujuk ke doktor di Institut Sukan Negara (ISN).
"Bukan sahaja mengganggu semasa melakukan lompatan tetapi semasa saya sedang duduk dan belajar hingga mengakibatkan pemandangan saya menjadi kabur.

"Pada mulanya, doktor mengatakan kemungkinan saya tidak cukup tidur.

"Apabila masalah saya semakin ketara, seorang jurulatih para membawa saya jumpa doktor di luar.

"Saya memang tidak selesa dan mengganggu ketika menggunakan cermin mata semasa latihan dan ia membuatkan saya kurang selesa.

"Saya agak kecewa kerana tidak dapat mengikut serta rakan-rakan lain untuk menjalani latihan namun saya terpaksa akur dengan apa yang berlaku kepada diri saya.

"Jika perkara ini menjadi lebih teruk, ia akan memudaratkan kehidupan saya kelak. Saya berharap rawatan yang boleh dilakukan tanpa pembedahan."

Berdasarkan laporan The Star, pihak ISN telah berusaha untuk membantu memastikan Kirthana akan terus beraksi bersama skuad kebangsaan apabila membantu dengan memberikan kanta lekap yang baru sekaligus menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh atlet tersebut.





Sila klik di sini untuk layari Stadium Astro