awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masih berbisa, Manny Pacquiao raih kejuaraan welterweight super WBA

Haider Yutim
Haider Yutim
21/07/2019
10:43 MYT
Masih berbisa, Manny Pacquiao raih kejuaraan welterweight super WBA
Saingan sengit terus diberikan oleh kedua-dua jaguh itu sehingga ke pusingan ke-12 dan yang terakhir di mana mata keseluruhan memihak kepada 'Pac Man'. - Foto AP/John Locher
PETINJU lagenda dari Filipina Manny Pacquiao sekali lagi mempamerkan kehebatannya apabila berjaya meraih kejuaraan welterweight WBA (super) selepas menewaskan Keith Thurman di Las Vegas, pada Ahad.
Pertarungan itu menyaksikan Pacquiao, 40 tahun, menumpaskan juara bertahan dari Amerika Syarikat itu menerusi keputusan 'split decision' selepas 12 pusingan.
Dua juri memberikan mata 115-112 kepada Pacquiao, manakala seorang lagi juri memberikan mata 114-113 kepada Thurman.
Pertarungan berlangsung sengit bermula dari pusingan pertama yang menyaksikan Thurman dijatuhkan pada minit terakhir pusingan tersebut menerusi tumbukan kanan Pacquiao.
Thurman yang ketinggalan pada pusingan kedua dan ketiga, berjaya bangkit pada pusingan keempat hingga ke pusingan ketujuh untuk 'menggoyangkan' lawannya itu.
Saingan sengit terus diberikan oleh kedua-dua jaguh itu sehingga ke pusingan ke-12 dan yang terakhir di mana mata keseluruhan memihak kepada 'Pac Man'.
Ini merupakan kekalahan pertama Thurman yang 10 tahun lebih muda daripada Pacquiao - membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang baginya untuk bergelar juara welterweight tertua dalam sejarah sukan tinju.
BACA: Manny Pacquiao kekalkan kejuaraan welterweight WBA
BACA: Manny Pacquiao tumpaskan Lucas Matthysse, raih gelaran juara welterweight WBA
Pacquiao meraih kejuaraan weltwerweight WBA (regular) pada Julai tahun lalu selepas menewaskan petinju Argentina, Lucas Matthysse di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Dia kemudiannya berjaya mengekalkan kejuaraan tersebut dengan menundukkan Adrien Broner dari Amerika Syarikat juga di Las Vegas, pada Januari lalu.
Dengan keputusan terbaharu ini, Pacquiao kini melebarkan rekodnya kepada 62-7-2 dengan 39 kemenangan menerusi 'knockout'.
Dia merupakan satu-satunya juara dunia dalam lapan divisyen.
Topic Berkaitan
#Adrien Broner
#Filipina
#Keith Thurman
#kejuaraan welterweight WBA
#lapan divisyen
#Las Vegas
#Lucas Matthysse
#Manny Pacquiao
#tinju
#wba super welterweight
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan