Teka-teki berhubung masa depan penyerang veteran kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha akhirnya terjawab, selepas beliau sah menyertai juara Liga Dua Thailand 2019, Bangkok Glass Pathum United, dengan kontrak setahun.
Ejen kepada pemain berkenaan, Abdul Halim Abdul Shukor yang merupakan Pengarah Urusan Offside Sports memaklumkan, bekas penyerang Pahang itu yang lebih mesra dengan panggilan 'Mat Yo', akan berlepas ke Bangkok pada Rabu, untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pada hari Khamis, sebelum menandatangani kontrak bersama pasukan berkenaan pada Jumaat ini.
"Beberapa bulan lalu, mereka ada mencari pemain ASEAN, dan saya cadangkan nama Mat Yo, kerana saya percaya keupayaan teknikal dia yang boleh bermain di Liga Thailand. Pasti akan lebih ramai pemain Malaysia ke sana (Liga Thai) selepas ini, kerana keupayaan pemain di sini yang semakin meningkat.
"Kemasukan pemain import berkualiti di dalam Liga Malaysia secara tidak langsung sebenarnya, membantu pemain tempatan meningkatkan tahap kualiti teknikal mereka, ke arah lebih baik setanding dengan liga luar termasuk Thailand," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Abdul Halim yakin penyerang kelahiran Besut, Terengganu itu, mampu mengekalkan prestasi konsisten bersama pasukan berkenaan, walaupun bakal mencecah usia 34 tahun pada Jun nanti.
"Apabila saya mencadangkan nama Norshahrul, saya tidak lihat pada umurnya, tetapi saya yakin dia boleh beraksi selama dua ke tiga musim lagi, kerana bakatnya masih ada selaku penyerang yang baik.
"Semuanya bergantung kepada diri sendiri dalam soal penjagaan kecergasan, termasuk pemakanan serta semua perkara, di Jepun pun ada pemain boleh kekal beraksi sehingga umur 51 tahun, jadi saya rasa tiada masalah," jelas Abdul Halim.
Pahang sebelum ini mengambil keputusan melepaskan Norshahrul bersama beberapa pemain lain termasuk Mohd Afif Amiruddin, R. Kogileswaran, A Salomon Raj, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Muhammad Zubir Mohd Azmi.
Norshahrul sebelum ini pernah beraksi dengan beberapa pasukan termasuk Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia dan Johor Darul Ta'zim.
Penglibatan pemain Malaysia dalam Liga Thailand bukanlah perkara baharu, kerana dua pemain kebangsaan iaitu, Dominic Tan dan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, selain pemain kacukan Australia-Malaysia Curran Singh Ferns, pernah beraksi dengan kelab di negara jiran itu.
Muhammad Shahrel pernah beraksi bersama kelab Nakhon Ratchasima secara pinjaman dari PKNP FC pada 2018, manakala Curran pula pernah mewakili kelab Sukhothai FC pada 2018 dan 2019.
Tan yang menyertai Trat FC secara pinjaman dari JDT pada musim lepas, sah mengikat kontrak selama dua musim sehingga 2021 dengan kelab Police Tero FC.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 14 2020
Mat Yo akan berlepas ke Bangkok pada Rabu, untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pada hari Khamis. - Gambar fail
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.