awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Perak percaya Presiden Pafa akan buat keputusan tepat

Bernama
Bernama
04/11/2018
22:30 MYT
MB Perak percaya Presiden Pafa akan buat keputusan tepat
Hasnul dikritik hebat para penyokong bola sepak tempatan kerana telah memuat naik gambarnya bersama Piala Malaysia yang diletakkan di celah kangkang. --fotoBERNAMA/Fail
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu percaya Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim akan membuat keputusan tepat mengenai desakan yang memintanya melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).
Ahmad Faizal berkata beliau memahami kekecewaan dan permintaan penyokong pasukan The Bos Gaurus (TBG), namun isu yang melanda Presiden PAFA itu tidak seharusnya membayangi matlamat yang lebih besar.
"Saya tidak mahu komen sama ada beliau (Hasnul Zulkarnain) harus letak jawatan atau tidak, tetapi saya percaya beliau akan mengambil kira semua pandangan dari para penyokong dan akhirnya saya minta semua pihak fikirkan kepentingan bagaimana nak teruskan kejayaan.
"Saya telah berbincang dengan saudara Hasnul dan saya harap beliau akan membuat keputusan yang tepat," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis sambutan Deepavali 2018 anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini pada Ahad.
Sebelum ini, Hasnul yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi negeri telah dikritik hebat para penyokong bola sepak tempatan kerana telah memuat naik gambarnya bersama Piala Malaysia yang diletakkan di celah kangkang.
Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata perarakan bagi menyambut Piala Malaysia sekali gus meraikan kemenangan pasukan TBG dijangka akan dilakukan pada 11 Nov ini serentak dengan acara larian sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah ke-62 di Kuala Kangsar.
BACA: Presiden Pafa didesak letak jawatan, Hasnul pula tak sedia berganjak
BACA: Presiden Pafa tidak berganjak walaupun didesak letak jawatan
Beliau berkata, pihaknya memohon perkenan Sultan Nazrin bagi mengadakan upacara perarakan itu pada Sabtu ini.
"Trofi Piala Malaysia bagaimanapun belum dipersembahkan kepada tuanku, namun saya telah memohon perkenan daripada tuanku untuk bersama-sama pemain dan berarak dengan trofi Piala Malaysia untuk peminat negeri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#bola sepak
#celah kangkang
#Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim
#Menteri Besar Perak
#PAFA
#Piala Malaysia
#presiden pafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan