Tutup

Berita  | Sukan

"Melecet di seluruh badan, kesan gegaran di kepala masih terasa" - Azizulhasni Awang

"Melecet di seluruh badan, kesan gegaran di kepala masih terasa" - Azizulhasni Awang
Azizulhasni mendoakan semoga kecederaannya itu akan pulih dalam masa terdekat dan membolehkannya membuat persiapan untuk Kejohanan Dunia di Berlin pada penghujung Februari nanti. - Gambar Facebook AZIZULHASNI AWANG
KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang pada Ahad berkongsi perkembangan terbaharu dirinya selepas mengalami kemalangan di Brisbane, Australia semalam.

Menurut atlet itu, hampir seluruh badannya melecet selain mengalami kesan gegaran di kepala dan bahu akibat kemalangan dalam acara Keirin di siri kelima Piala Dunia Brisbane itu.

Katanya, paling menyakitkan adalah di bahagian bahu kanan yang bengkak di sendi acromioclavicular (tulang selangka dan bahagian bilah bahu menyambung).

Jelasnya, keadaan itu berlaku mungkin hasil hentakkan ketika jatuh atau dilanggar oleh pelumba lain.
Tambah Azizulhasni, kecederaan itu menyebabkan pergerakannya amat terbatas dan terpaksa direhatkan untuk acara Individual Sprint pada Ahad.

"MashaAllah sungguh terharu melihat begitu banyak mesej yang diterima melalui SMS, WhatsApp serta di media sosial.
"Saya memohon maaf kepada semua kerana tidak sempat hendak membalas satu persatu tetapi ketahuilah bahawa saya amat menghargai keprihatinan daripada anda semua dan semoga kita semua di rahmati oleh Nya,"  katanya dalam kenyataan yang dikongsi di laman Instagram pada Ahad.

BACA: Azizulhasni kemalangan di Brisbane

BACA: 
"Sakitnya bukan kepalang, saya macam ayam kena sembelih" - Azizulhasni cerita detik-detik kemalangan

BACA: Siri Dunia UCI: Azizulhasni juara keirin, petunjuk optimis kilauan emas Olimpik 2020

Azizulhasni sebelum ini menjuarai acara keirin siri keempat Piala Dunia yang berlangsung di Cambridge, New Zealand pada minggu lalu.

Azizulhasni melakar pencapaian membanggakan apabila kayuhan bertenaganya membolehkan dia muncul juara di Cambridge, meninggalkan lima pencabar yang lain.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang) on


Dalam pada itu Azizulhasni atau popular dengan gelaran 'The Pocket Rocketman' turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya.

"Semoga kecederaan ini akan pulih dengan kadar segera dan saya dapat membuat persiapan untuk Kejohanan Dunia di Berlin pada penghujung Februari nanti," ujarnya.

Azizulhasni pada Sabtu turut meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tidak dapat meneruskan kecemerlangan yang diraih ketika perlumbaan di New Zealand minggu lepas yang menyaksikannya muncul juara acara keirin.


Tag: Azizulhasni Awang, Instagram, WhatsApp, Australia, New Zealand, kemalangan, Piala Dunia, Olimpik, media sosial, rakyat Malaysia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.