Berita  | Sukan

Mendapatkan hak penyiaran perlawanan UEFA bukan mudah - Astro

Mendapatkan hak penyiaran perlawanan UEFA bukan mudah - Astro
Untuk mendapatkan hak penyiaran sesungguhnya bukan sesuatu yang mudah dan Astro berbangga sekali lagi menjadi stesen penyiar rasmi bagi kejohanan berprestij ini.
KUALA LUMPUR: Berita baik untuk peminat bola sepak Liga Juara-Juara (UEFA).

Astro sah menjadi penyiar rasmi musim terbaharu UEFA yang akan membuka tirai mulai malam ini.

Siaran langsung perlawanan akan disiarkan secara eksklusif di Astro TV dan Astro Go.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Sukan Astro, CK Lee kepada Astro AWANI sebentar tadi.

Perbincangan berkaitan hak penyiaran perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UEFA) sebelum ini hangat diperbincangkan di media.

Menurut Lee, hakikatnya perbincangan berkaitan hak penyiaran ini tidak bersifat secara langsung di pihak Astro dan penganjur kejohanan, malah ianya bukan satu proses yang mudah.

“Hak perlawanan terbabit telah diperolehi oleh sebuah operator global, Dazn. Untuk tontonan di Malaysia, Dazn menyerahkan sub-lesen penyiaran kepada operator serantau," kata Lee.

Untuk itu, Astro berbangga sekali lagi menjadi stesen penyiar rasmi bagi kejohanan berprestij ini.