awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Messi & Co terpegun di Anfield

Israr Khalid
Israr Khalid
07/05/2019
20:46 MYT
Messi & Co terpegun di Anfield
Pemain Liverpool Georginio Wijnaldum meraikan jaringan gol ke-3 pasukannya. - Foto Peter Byrne/PA via AP
LIVERPOOL membuktikan tiada yang mustahil apabila menundukkan juara Sepanyol, Barcelona untuk mara ke final Liga Juara-Juara Eropah.
Ketinggalan 3-0 daripada aksi pertama di Nou Camp, The Reds bangkit meledak empat gol tanpa bolos di Anfield awal pagi Rabu.
Selepas dipegun aksi unggul Lionel Messi minggu lalu, Liverpool berdepan misi mustahil untuk mengatasi kelebihan besar dimiliki lawan.
Bagaimanapun Barca digasak sejak wisel sepak mula ditiup sehingga disentak seawal minit ke-7, apabila percubaan Jordan Henderson yang ditepis penjaga gol Barca, Ter Steigen, ditampan masuk Divock Origi untuk gol pertama tuan rumah.
Kedudukan 1-0 kekal hingga separuh masa pertama tamat.
Pemain Liverpool Joel Matip memberi tekanan kepada pemain Barcelona Lional Messi dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Anfield. - Foto AP/Dave Thompson
Pemain Liverpool Joel Matip memberi tekanan kepada pemain Barcelona Lional Messi dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Anfield. - Foto AP/Dave Thompson
Bersambung babak kedua, Giorginio Wijnaldum yang masuk menggantikan Andy Robertson yang cedera, meledak dua gol lagi dalam masa empat minit pada minit ke-54 dan 56.
Ketika perlawanan berbaki 10 minit, hantaran pantas Trent Alexander-Arnold dari sepakan sudut tidak sempat dibaca seluruh barisan anak buah Ernesto Valverde, lalu disempurnakan Origi untuk Liverpool akhirnya memperoleh kelebihan gol daripada lawan.
Pemain Liverpool meraikan kemenangan pasukan mereka ke atas Barcelona FC di hadapan ribuan penyokong di Stadium Anfield. - Foto AP/Dave Thompson
Pemain Liverpool meraikan kemenangan pasukan mereka ke atas Barcelona FC di hadapan ribuan penyokong di Stadium Anfield. - Foto AP/Dave Thompson
Menanti skuad pimpinan Jurgen Klopp di Madrid pada 1 Jun nanti adalah sama ada Tottenham Hotspurs atau Ajax Amsterdam.
Topic Berkaitan
#Anfield
#barcelona
#bola sepak
#jurgen klopp
#Liga Juara-Juara Eropah
#Lionel Messi
#Liverpool
#The Reds
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan