awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Agung Tahunan MPM tangguh

Bernama
Bernama
29/06/2019
10:30 MYT
Mesyuarat Agung Tahunan MPM tangguh
John Ng Keng Chuan mengadakan sidang media berhubung penangguhan AGM MPM di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan hari ini. --fotoBERNAMA
Kemelut mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) tidak berkesudahan apabila ia ditangguhkan hari ini.
Timbalan Presiden MPM John Ng berkata AGM bagi penggal 2019-2023 itu ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian selepas mendapat persetujuan sebulat suara semua 24 ahli gabungan MPM.
"Pada mesyuarat hari ini, semua ahli gabungan telah bersetuju untuk menangguhkan AGM ini sementara mendapat tarikh yang baharu yang akan dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan.
"Kami akan mengadakan AGM baharu bergantung permohonan kepada Pesuruhjaya Sukan. Selepas itu kami akan mengikut perlembagaan dan memulakan proses semula," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan AGM itu yang berlangsung secara harmoni selama dua jam di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan hari ini.
Berdasarkan perlembagaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh penangguhan, MPM perlu memanggil semua ahli gabungan untuk membincangkan tarikh baharu sebelum diserahkan kepada Pesuruhjaya Sukan.
"Mesyuarat exco akan dilangsungkan dalam tempoh 30 hari untuk memutuskan tarikh baharu AGM," katanya.
Ditanya mengenai status pencalonan bagi pemilihan ahli jawatankuasa eksekutif badan induk sukan para itu, John bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Pada mesyuarat yang berlangsung pada 10 pagi, penyandang jawatan Presiden SM Nasarudin SM Nasimuddin tidak kelihatan.
Begitu juga dengan kedua-dua calon jawatan nombor satu MPM, bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan pencabarnya Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin tidak kelihatan.
Difahamkan, Megat Shahriman menghadiri pemilihan Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) dan memenangi kerusi presiden persatuan itu.
Kerusi nombor satu MPM itu hangat diperdebatkan apabila Khairy atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden Persatuan Ragbi Roda mencetuskan kontroversi apabila turut dikaitkan dengan menghantar borang pencalonan melebihi tempoh dibenarkan.
Perkara itu menyebabkan rasa tidak puas hati Megat Shahriman menyerahkan sejumlah bukti kepada PJS bagi menyemak semula kelayakan bekas Menteri Belia dan Sukan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agm
#borang pencalonan
#calon
#John Ng
#Khairy Jamaluddin
#Majlis Paralimpik Malaysia
#Megat D Shahriman Zaharuddin
#melebihi tempoh
#Mesyuarat Agung Tahunan
#MPM
#pemilihan
#Perlembagaan
#Pesuruhjaya Sukan
#presiden
#tangguh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan