Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) akan mewujudkan Jawatankuasa Penilaian Semula bagi mengenal pasti penyebab utama kegagalan skuad hoki wanita dan lelaki negara melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata jawatankuasa itu ditubuhkan selepas usaha untuk membantu pasukan layak ke Tokyo 2020 termasuk dari segi sokongan moral dan kewangan, gagal.
"Satu laporan akan disediakan untuk dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai kegagalan kami ke Sukan Olimpik 2020 pada Mac depan.
"Selepas mengenal pasti punca kami tidak layak ke Sukan Olimpik 2020, saya tidak mahu lagi perkara sama berulang untuk empat tahun akan datang," kata Subahan selepas Mesyuarat Ahli Lembaga Eksekutif MHC di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Subahan berkata pihaknya akan melantik beberapa pakar sukan hoki termasuk wakil MHC, Ahli Lembaga Eksekutif, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), wakil daripada bekas pemain, wakil Institut Sukan Negara (ISN) serta pihak media, wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau turut mengumumkan mengenai kontrak jurulatih kebangsaan yang akan tamat pada hujung tahun ini.
Katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan pertama dijalankan, pihak MHC akan mengiklankan kekosongan jawatan jurulatih terbuka bagi mana-mana jurulatih, sama ada dalam negara mahupun antarabangsa untuk memohon jawatan tersebut.
Namun jawatan yang disandang Roelant Oltmans sebagai ketua jurulatih skuad lelaki negara akan terus dikekalkan kerana beliau masih mempunyai kontrak bersama MHC dan MSN.
"Kontrak semua jurulatih akan tamat pada hujung bulan ini (31 Dis) dan kami akan memaklumkan mengenai program yang dipertanggungjawabkan kepada mereka telah berakhir, jadi semuanya akan bermula baru.
"Liga Hoki Malaysia akan bermula dari Januari hingga Februari depan, mungkin ada jurulatih atau pemain yang menyerlah serta perlu diberikan peluang untuk bersama MHC. Akan ada panel temuduga yang akan melakukan penilaian dan sekiranya mereka adalah yang terbaik, mereka akan dipilih," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 14 2019
SUBAHAN: Selepas mengenal pasti punca kami tidak layak ke Sukan Olimpik 2020, saya tidak mahu lagi perkara sama berulang untuk empat tahun akan datang. - Gambar fail
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan
Perlawanan persahabatan di Ipoh itu bagi menguji kekuatan Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.
Arul harap Sarjit teruskan aspek sains sukan dalam skuad hoki negara
Banyak elemen sains sukan diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi skuad negara dengan harapan ia mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia.
Wujudkan kembali divisyen satu, liga dua pusingan - Nor Saiful
Selain setiap pasukan boleh bermain dengan aksi timbal balik, penyertaan pasukan juga boleh dibahagikan mengikut standard ditetapkan.
Piala TNB: TNB hampiri gelaran 'treble'
Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, TNB berada pada kedudukan selesa selepas membelasah Kuala Lumpur City 17-1.
Jurulatih baharu Speedy Tigers diketahui hari ini
Pengumuman ketua jurulatih baharu dijangka diumumkan Subahan selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama persatuan itu pagi ini.
Dharmaraj antara empat calon disenarai pendek kemudi Speedy Tigers
Empat daripada 23 calon disenarai pendek itu akan melalui proses sesi temu duga oleh jawatankuasa badan induk sukan berkenaan minggu ini.
Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin
Jawatan ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan akan diisi secepat mungkin dan dijangka sebelum bulan Ramadan.