JUARA dunia UFC flyweight, Henry Cejudo hanya memerlukan 32 saat untuk mengekalkan takhtanya selepas menundukkan pencabar TJ Dillashaw dalam kejohanan UFC Fight Night 143, pada Ahad.
Pertarungan menyaksikan kedua-dua jaguh dari Amerika Syarikat itu bertembung untuk merebut kejuaraan flyweight dalam aksi pembuka tirai 2019 UFC yang berlangsung di Brooklyn, New York.
Ini juga kali pertama tali pinggang ‘UFC Legacy Belt’ diberikan kepada juara.
Cejudo menewaskan Dillashaw yang juga merupakan juara dunia UFC bantamweight pada pusingan pertama.
Pertarungan dimulakan dengan serangan pantas dari Cejudo yang menolak Dillashaw sehingga jatuh diikuti dengan sepakan kaki kanan ke bahagian badan.
Ia diikuti pula dengan satu lagi tumbukan oleh Cejudo yang sekaligus merebahkan Dillashaw.
Cejudo kemudiannya melancarkan serangan bertubi-tubi ke bahagian badan dan muka Dillashaw sehingga pengadil terpaksa menghentikan pertarungan, dan mengisytiharkan Cejudo sebagai pemenang.
Sementara itu, dalam satu lagi pertarungan, atlet MMA wanita Amerika Syarikat, Paige VanZant mengalahkan saingan senegaranya, Rachael Ostovich pada pusingan kedua menerusi ‘submission’.
VanZant yang sudah hampir setahun tidak bertarung selepas tewas dengan Jessica-Rose Clark, berjaya membuat ‘comeback’ yang cemerlang dalam kejohanan ini.
Kemenangan ini melebarkan rekod atlet berusia 24 tahun itu kepada 8-4.
Haider Yutim
Sun Jan 20 2019
Cejudo menewaskan Dillashaw yang juga merupakan juara dunia UFC bantamweight pada pusingan pertama. - Foto AP
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UFC 266: Alexander Volkanovski, Valentina Shevchenko kekal kejuaraan
Juara featherweight UFC, Alexander Volkanovski berjaya mengekalkan kejuaraannya selepas menewaskan Brian Ortega dalam acara utama UFC 266 sebentar tadi.
UFC 263: Adesanya kekal 'raja' middleweight, Moreno cipta sejarah
Adesanya berjaya mengekalkan kejuaraan middleweight yang disandangnya selepas menewaskan Marvin Vettori dalam acara utama UFC 263 pada Ahad.
UFC 255: Valentina Shevchenko kekalkan kejuaraan untuk kali keempat
Valentina Shevchenko sekali lagi mengekalkan gelaran dunianya selepas menewaskan Jennifer Maia dalam acara UFC 255 di Las Vegas, pada Ahad.
MMA: Hanya 32 saat, Cejudo tundukkan TJ Dillashaw di UFC Brooklyn
Juara dunia UFC flyweight, Henry Cejudo hanya memerlukan 32 saat untuk mengekalkan takhtanya selepas menundukkan pencabar TJ Dillashaw dalam kejohanan UFC Fight Night 143, pada Ahad.
MMA: Gianni mahu bertarung dengan Demetrious Johnson
Jaguh seni mempertahankan diri campuran (MMA) negara, Gianni Subba menyatakan hasrat ingin memulakan 2019 dengan bertemu bekas juara dunia UFC flyweight, Demetrious 'Mighty Mouse' Johnson.
MMA: 'Mighty Mouse' tidak sabar hendak beraksi di ONE Championship
Demetrious Johnson atau nama gelarannya 'Mighty Mouse' nampaknya sudah tidak sabar untuk berkongsi pentas bersama rakan atlet flyweight ONE Championship.