awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MMA: Khabib tundukkan McGregor, 'mengamuk' di UFC 229

Haider Yutim
Haider Yutim
07/10/2018
06:46 MYT
MMA: Khabib tundukkan McGregor, 'mengamuk' di UFC 229
Khabib (kanan) dilihat lebih mendominasi pertarungan antara McGregor (kiri). - Foto REUTERS
KEEGOAN bintang seni beladiri campuran (MMA) Conor McGregor ditundukkan selepas dia tewas dengan petarung Rusia, Khabib Nurmagomedov dalam kejohanan UFC 229, sebentar tadi.
Pertarungan yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat itu menyaksikan McGregor dikalahkan menerusi 'submission' (kuncian) 'rear naked choke' pada minit 3.03 pusingan keempat.
Kedua-dua petarung berusia 30 tahun itu memberi saingan hebat antara satu sama lain, meskipun Khabib dilihat lebih mendominasi pertarungan tersebut.
McGregor juga kelihatan seakan hampir kehabisan tenaga apabila pertarungan dibawa ke 'ground'.
Pada pusingan keempat, Khabib mencari peluang untuk menghabiskan pertarungan, dan berjaya menjatuhkan McGregor serta membuat kuncian leher dari belakang, seterusnya memaksa petarung Ireland itu menyerah kalah.
Namun, pergaduhan tercetus apabila Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling 'mouthpiece' ke arah cornerman McGregor.
Dia kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerang salah seorang jurulatih dari pasukan McGregor.
Keadaan menjadi kecoh di dalam dan di luar gelanggang, namun situasi itu mula reda selepas dikawal oleh para pegawai dan pihak sekuriti.
Khabib kini mempunyai rekod kemenangan 27-0, sekaligus mengekalkan takhta juara dunia lightweight UFC.
Bagi McGregor pula, ini merupakan pertarungan MMA pertamanya di Octagon selepas hampir dua tahun tidak beraksi.
Kejohanan UFC 229 ini merupakan kejohanan terbesar dalam sejarah UFC, yang mungkin mampu mencatat kutipan AS$2 juta dalam tontonan 'pay-per-view'.
Kali terakhir McGregor beraksi dalam UFC adalah ketika menentang Eddie Alvarez pada November 2016.
Pertarungan itu menyaksikan McGregor menundukkan Alvarez pada pusingan kedua menerusi pukulan 'technical knockout' (TKO).
Dia seterusnya menjadi petarung UFC pertama yang memegang dua tali pinggang dalam masa yang sama.
Sebelum ini, McGregor pernah bertarung dengan Floyd Mayweather dalam acara tinju professional pada Ogos 2017, namun tewas di tangan petinju Amerika Syarikat tersebut.
McGregor ditewaskan menerusi keputusan TKO pada pusingan ke-10.
Topic Berkaitan
#Conor McGregor
#Khabib Nurmagomedov
#MMA
#UFC
#UFC 229
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan