awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yahoo tambah sokongan AI melalui ciri Yahoo Scout pada enjin carian
Polis Korea Selatan jalankan penggeledahan di Coupang, lapor Yonhap
Tesla bakal labur AS$2 bilion dalam xAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mobile Legends: IDNS SG juara MPL, bawa pulang RM110,000

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
15/04/2018
14:46 MYT
Mobile Legends: IDNS SG juara MPL, bawa pulang RM110,000
INDS SG yang membelasah pasukan senegara, Tyrants 3-0 pada final membawa pulang melebihi RM110,000 (AS$ 30,000). - Foto Facebook / Mobile Legends
Pasukan Mobile Legends gergasi Kota Singa Idonotsleep Singapore (INDS SG) mengekalkan prestasi cemerlang dalam pusingan penentu Liga Profesional Mobile Legends (MPL) sehingga dinobatkan sebagai juara liga itu.
INDS SG yang membelasah pasukan senegara, Tyrants 3-0 pada final membawa pulang melebihi RM110,000 (AS$30,000).
Menerusi ketiga-tiga perlawanan tersebut bekas juara Piala Mobile Legends Singapura Musim ke-2 itu dilihat bermain dengan agresif dan tidak memberi peluang kepada Tyrants untuk melengah-lengahkan permainan.
Kapten pasukan tersebut Victor Lin Jin ‘Mr Vi’ Shun turut dinobatkan sebagai pemain terbaik liga musim kali ini dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,800 (AS$1,000).
BACA: Mobile Legends: IDNS kembali guna hero 'signature' Estes paksa MyA ke lower bracket
Selain Victor, pasukan tersebut terdiri daripada Lim Yang, Rufus Goh Zhi ‘Kid’ En, Koh Wei ‘Jason’ Hao, Soh Wei ‘wQxD’ Quan dan Ho Ee ‘Sync’ Hong.
IDNS SG ditubuhkan pada November 2017, selepas juara Piala Mobile Legends Asia Tenggara IDNS 2017 daripada Thailand mahu mewujudkan pasukan Singapura tersendiri dalam MPL.
Sementara itu, pasukan Malaysia Mysterious Assassins berada di tempat ke-tiga dan AirAsia Saiyan berada tempat ke-empat kejohanan ini.
MPL Malaysia dan Singapura berlangsung sejak Januari lalu dan disertai 10 pasukan terbaik dari kedua-dua negara ini.
Pada musim kali ini ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM230,000 (AS$60,000).
Topic Berkaitan
#idns
#IDNS SG
#Mobile Legends
#Tyrants
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan