awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mobile Legends: "Saya akan teliti laporan penuh" - Syed Saddiq

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
29/07/2018
09:19 MYT
Mobile Legends: "Saya akan teliti laporan penuh" - Syed Saddiq
SYED SADDIQ: Saya akan dapatkan laporan penuh berkenaan kes ini dan bincangkan tindakan susulan.
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan meneliti dan mendapatkan laporan penuh berhubung tindakan protes pasukan Mobile Legends Malaysia, AirAsia Saiyan dalam kejohanan Piala Asia Tenggara (MSC) pagi tadi.
Dalam satu catatan tweet kepada Astro AWANI, Syed Saddiq berkata beliau kemudian akan melakukan perbincangan mengenai tindakan susulan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim, turut menyatakan mereka akan meneliti perkara ini dengan lebih mendalam sebelum melakukan apa-apa tindakan yang seterusnya.
"Kekalkan semangat membara, AirAsia Saiyan! Jangan berputus asa," kata Steven dalam catatan tweetnya itu kepada Astro AWANI.
Saya akan dapatkan laporan penuh berkenaan kes ini dan bincangkan tindakan susulan. I know you are an asset to Esports, Please do join us for the discussion tomorrow.@Amshar_Aziz please contact her. https://t.co/NuB9gBP1zI
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 29, 2018
Saya telah baca kenyataan ASYN tersebut. Akan bincang dengan Menteri Sdr @SyedSaddiq untuk tindakan lanjut. Keep the fire burning ASYN! Never give up hope.
— Steven Sim (@scheekeong) July 29, 2018
Pagi tadi, AirAsia Saiyan mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kejohanan tersebut selepas kira-kira enam jam layak ke pusingan separuh akhir semalam.
Menerusi kenyataan pagi tadi, AirAsia Saiyan berkata tindakan menarik diri itu adalah sebagai langkah protes terhadap tindakan penganjur kejohanan tersebut iaitu RevivaLTV.
BACA: Mobile Legends : AirAsia Saiyan protes, tarik diri daripada MSC
Selepas mengambil keputusan untuk menarik diri daripada MSC, AirAsia Saiyan turut bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap RevivaLTV.
"Sebagai wakil Malaysia di MSC, kami bersependapat bahawa integriti pertandingan amat penting untuk pembangunan e-sukan di Asia Tenggara, dan ianya bukanlah sesuatu yang kami boleh bertolak ansur dua kali, dalam dua hari pertandingan MSC ini.
"Kami juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak RevivalTV kerana kontrak kami ditandatangani di antara pihak AirAsia Saiyan dan RevivaLTV.
"Kami kecewa, tetapi kami percaya bahawa ini adalah keputusan yang betul demi pembangunan e-sukan di masa depan. Sekali lagi, kami ingin memohon maaf kepada penyokong-penyokong ASYN dan juga rakyat Malaysia kerana gagal mengibarkan bendera Malaysia pada hari ketiga MSC," kata AirAsia Saiyan.
AirAsia Saiyan turut mendakwa kesalahan yang dilakukan RevivaLTV tidak sepatutnya menjejaskan integriti kejohanan ini terutama apabila pengumuman pasukan itu layak ke separuh akhir telah diputuskan pada pukul 11 malam semalam.
BACA: AirAsia Saiyan layak ke separuh akhir
Kejohanan MSC yang berlangsung sejak 27 Julai lalu disertai 10 pasukan terbaik Asia Tenggara dan menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM400,000.
AirAsia Saiyan merupakan wakil tunggal daripada Malaysia dan terdiri daripada enam anak muda berbakat besar iaitu Ahmad Fuad 'Fredo' Razali, Andi Alfian 'Gripex' Firman, Herwin 'Rush' Baharuddin, Abdul Wandi, 'Logan' Abdul Kadir, Sofian 'Penjahat' Sultan dan Mohd Faris 'Soloz' Zakaria
MSC yang memasuki edisi kedua tahun ini, dilihat sebagai salah sebuah kejohanan terbesar e-sukan mudah alih di rantau ini.
Topic Berkaitan
#airasia saiyan
#Jakarta
#Mobile Legends
#revival tv
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan