Pasukan Mobile Legends Team Saiyan mengungguli tempat teratas Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura 2018 selepas tujuh minggu berlangsungnya saingan peringkat kumpulan liga tersebut.
Kapten Team Saiyan, Mohd Farhan Kamari (Hawkeye) berkata biarpun yakin dengan kemampuan pasukannya, dia tidak menjangkakan Team Saiyan untuk berada di kedudukan pertama itu berikutan saingan sengit yang diberikan kumpulan lain.
“Kami memang mengharap untuk berada di ranking nombor satu dalam liga ini, namun kami tidak menjangkakan ia menjadi realiti.
“Kesemua lawan kami memberi saingan sengit yang saya rasa mustahil untuk kami capai sasaran berada di kedudukan teratas,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Team Saiyan berada pada kedudukan pertama Liga MPL Malaysia dan Singapura dengan 16 mata, diikuti pasukan gergasi Singapura, IDNS SG dengan 14 mata.
Selain Farhan, Team Saiyan terdiri daripada lima pemain berbakat yang lain iaitu Ahmad Fuad Razali (Fredo), Herwin Baharuddin (Rush), Sofian Sultan (Penjahat), Andi Alfian Firman (Gripex) dan Abdul Wandi bin Abdul Kadir (Logan).
Bagi pusingan kalah mati MPL Malaysia dan Singapura nanti, Team Saiyan dan IDNS bakal disertai enam kumpulan lain iaitu Lourve SG, Tyrants, MyA, Mystic Burden, Team Eksdi, dan Mysterious Assassins.
Menurut Farhan, mereka akan melakukan persiapan rapi termasuk mengkaji setiap corak permainan lawan bagi menghadapi acara utama liga itu nanti.
"Kami akan melihat dan mengkaji pihak lawan dan kami akan melakukan satu meta (Strategi Paling Efektif) tersendiri apabila menentang mereka," katanya.
Pusingan kalah mati MPL Malaysia Singapura bakal berlangsung pada 13-15 April depan di pusat membeli-belah 1 Utama.
Mariah Ahmad
Tue Mar 13 2018
Team Saiyan terus mempamerkan persembahan terbaik dalam saringan peringkat kumpulan Liga MPL Malaysia Singapura baru-baru ini sehingga menduduki kedudukan teratas liga tersebut. -Foto Astro AWANI / MARIAH AHMAD
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
FIFA18: AmTuah, Luqman, Shige beraksi di pentas Asia
Siapa bakal bergelar yang terbaik di Asia dalam arena e-sukan FIFA 18?
Rules of Survival: Malaysia kedua terbaik Asia Tenggara, bawa pulang RM48,000
Pasukan '8X' yang terdiri daripada empat anak berbakat tanah air itu membawa hadiah wang tunai kira-kira RM48,000 menerusi kemenangan itu.
PUBG: Geek Fam bentuk pasukan baharu, pertaruh bekas pemain CSGO
Ia terdiri daripada empat bekas pemain profesional CSGO yang sebelum ini dikenali sebagai Stadium Fighter Malaysia.
Mobile Legends: Syno, Unta, ComeToPapa dan Error tubuh pasukan baharu ICON MY
Penubuhan pasukan itu adalah bagi memberi saingan kepada pasukan tempatan yang lain dan seterusnya menjadi yang terbaik di rantau ini.
Mobile Legends: 2ez4jepv sah tinggalkan MyA, bakal tubuh pasukan sendiri
Jep yang bermain posisi tank dan mage untuk MyA turut mengakui keserasian dan latihan sebagai satu pasukan memang kurang.
AOV dianugerahkan permainan multi-pemain terbaik IMGA
AOV yang dilancarkan di Malaysia pada 17 Oktober tahun lalu merupakan permainan atas talian yang direka khas untuk telefon pintar dan menawarkan pelbagai mod termasuk lawan 5-lawan-5.
FIFA 18: "Nenek suruh jangan risau, mahu saya fokus kepada game" - AmTuah
AmTuah mahu menjadikan setiap cabaran yang dilaluinya sebagai satu motivasi kuat untuk memenangi kejohanan Virtuelle Bundesliga di Jerman nanti.
FIFA 18: AmTuah keluar FDG, tidak pertimbang sertai mana-mana organisasi e-sukan
Bagaimanapun, AmTuah juga tidak mempertimbangkan untuk menyertai mana-mana organisasi e-sukan berkenaan untuk memberi fokus kepada kejohanan Virtuelle Bundesliga di Jerman nanti.
Mobile Legends: Sh4dow dinobat pemain terbaik KDA MPL
Pemilihannya sebagai pemain terbaik KDA adalah cukup bermakna memandangkan saingannya terdiri daripada pemain-pemain terbaik dunia.
Mobile Legends: Team Saiyan capai sasaran, ungguli tempat teratas MPL 2018
Team Saiyan berada di kedudukan nombor satu Liga MPL Malaysia dan Singapura dengan 16 mata, diikuti pasukan gergasi Singapura, IDNS dengan 14 mata.