Tutup

Berita  | Sukan

Mohd Faiz Subri antara tiga finalis Anugerah Puskas FIFA

Mohd Faiz Subri antara tiga finalis Anugerah Puskas FIFA
Video jaringan pemain kelahiran Pulau Pinang itu terus kekal memperoleh tontonan tertinggi dan sehingga jam 7 malam, sebanyak lebih 1.38 juta tontonan dicatatkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mohd Faiz Subri melakar sejarah baharu bola sepak negara selepas dipilih menjadi antara tiga calon yang bakal memenangi Anugerah Puskas 2016.

Senarai akhir itu diumumkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerusi laman Twitter pada jam 8 malam Jumaat.

Namun, peminat bola sepak seluruh dunia perlu mengundi sekali lagi untuk menentukan pemenang bagi anugerah ini yanga akan diumumkan 11 Januari 2017.

Twitter
Video jaringan pemain kelahiran Pulau Pinang itu terus kekal memperoleh tontonan tertinggi dan sehingga jam 7 malam, sebanyak lebih 1.38 juta tontonan dicatatkan.

Gol sepakan sepakan percuma Lionel Messi pula berjaya memotong kedudukan pemain Brazil, Marlone apabila pemain Argentina itu memperoleh 905,750 tontonan, sementara Marlone di tempat ketiga dengan 903,093 tontonan.
Menurut peraturan FIFA berkaitan anugerah berkenaan, hanya gol terpilih bermula 30 September 2015 hingga 30 September 2016 diterima tanpa mengambil kira kejohanan, jantina mahupun warga negara.