awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MSN tidak terkejut kejayaan Farah Ann ke Olimpik Tokyo

Astro Arena
Astro Arena
07/10/2019
11:14 MYT
MSN tidak terkejut kejayaan Farah Ann ke Olimpik Tokyo
Pencapaian itu bermakna atlet berusia 25 tahun itu menamatkan penantian sejak edisi Athens 2004 untuk Malaysia memiliki wakil gimnastik artistik di pentas Olimpik. - Gambar fail
WALAUPUN teruja, Majlis Sukan Negara (MSN) tidak terkejut dengan kejayaan gimnas wanita kebangsaan, Farah Ann Abdul Hadi, layak ke pentas Olimpik Tokyo 2020.
Farah layak secara merit ke temasya itu selepas menamatkan saingan individu all around dalam Kejohanan Dunia 2019 dalam kelompok 16 terbaik, semalam.
Pencapaian itu bermakna atlet berusia 25 tahun itu menamatkan penantian sejak edisi Athens 2004 untuk Malaysia memiliki wakil gimnastik artistik di pentas Olimpik.
MSN menerusi Pengarah Bahagian Atlet, Jefri Ngadirin, menegaskan kejayaan atlet kelahiran Selangor itu tidak berdasarkan tuah tetapi perancangan rapi daripada barisan kejurulatihan negara.
"Kami memang hantar dia ke Kejohanan Dunia untuk layak ke Olimpik. Pada mulanya, jurulatih juga ingin mencuba dan kami memintanya untuk melakukan persiapan. Alhamdulillah, perancangan jurulatih untuk dia berhasil. Ia sangat penting untuk pembangunan sukan gimnastik," katanya.
"Kalau dilihat, peluang Farah Ann dalam individu all around itu agak terbuka. Kami akan lihat persiapan ke Olimpik nanti bagi membantunya berdaya saing dengan wakil negara lain."
Topic Berkaitan
#atlet negara
#Farah Ann Abdul Hadi
#gimnastik
#kelayakan
#majlis sukan malaysia
#MSN
#Olimpik Tokyo
#sukan
#wakil negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan