awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Nazmi sah sertai Selangor, tinggalkan PKNS FC

Bernama
Bernama
21/04/2014
13:27 MYT
Muhammad Nazmi sah sertai Selangor, tinggalkan PKNS FC
Nazmi Faiz - Gambar Fail
Bekas pemain Harimau Muda A, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang beraksi dengan kelab Liga Super Selangor PKNS FC, bakal menyarung jersi Selangor dalam pusingan kedua Liga Super musim ini.
Presiden PKNS FC Siti Zubaidah Abdul Jabar berkata perpindahan pemain muda berusia 19 tahun itu dipersetujui oleh pihak pengurusan pasukan setelah mengadakan beberapa perbincangan dengan pasukan Selangor.
"Kami melepaskan Nazmi Faiz demi pembangunan bola sepak Selangor. Walaupun beliau tidak lagi bersama pasukan, saya percaya ia tidak akan menjejaskan semangat pemain-pemain lain untuk mengharungi baki saingan liga musim ini.
"Semoga perpindahan ini dapat menjadikan beliau seorang pemain yang lebih baik seperti yang diharapkan oleh peminat-peminat bola sepak tanah air, katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Nilai perpindahan pemain posisi tengah itu tidak didedahkan.
Siti Zubaidah berkata mereka akan terus bekerjasama dalam pertukaran pemain pada masa depan memandangkan kedua-dua pasukan adalah dari negeri yang sama.
Dalam pada itu, Pengurus Pasukan Mahfizul Abdul Rashid mengesahkan skuad 'The Red Ants' berjaya mengikat kontrak dengan pemain Felda United FC, Shahurain Abu Samah bagi memantapkan pasukan berkenaan.
"Kami akan menggunakan masa rehat liga untuk membuat post mortem dan mengenal pasti mana-mana kekurangan yang ada.
"Saya yakin jurulatih Wan Jamak Wan Hassan akan membaiki segala kelemahan dan kembali bangkit selepas liga bersambung nanti, katanya.
Muhammad Nazmi mengejutkan peminat tempatan selepas membuat keputusan berpindah ke PKNS FC daripada kelab Portugal, SC Beira Mar pada tahun lepas setelah berkelana selama enam bulan di Eropah.
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Nazmi Faiz
#PKNS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan