PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah berlaku insiden kekecohan dalam aksi separuh akhir Kejuaraan B-19 AFF 2018 bertemu tuan rumah, Indonesia di Stadium Gelora Delta Sidoarjo yang berakhir dengan kemenangan memihak Malaysia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata beliau telah dimaklumkan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Abdul Ghani Hassan selaku pengurus pasukan B-19 kebangsaan yang berada di Surabaya, Indonesia bahawa terdapat penyokong Indonesia membaling botol dan batu dari tempat duduk penonton ke arah pemain B-19 negara selepas tamat perlawanan iaitu ketika mereka hendak masuk ke terowong menuju ke bilik persalinan.
Namun, menurutnya tiada sebarang kecederaan dialami pemain negara dan insiden berjaya dikawal oleh pihak berkuasa Indonesia.
"Kekecohan yang berlaku telah menyebabkan pasukan B-19 kebangsaan keluar lewat hampir sejam untuk pulang ke hotel penginapan.
"Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya juga dikawal oleh pihak berkuasa dan tiada sebarang kecederaan dialami oleh para pemain dan pegawai pasukan B-19 kebangsaan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Susulan insiden itu, Hamidin telah menghubungi Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Joko Driyono bagi mendapatkan penjelasan.
Beliau telah berjanji akan meningkatkan tahap kawalan keselamatan pasukan B-19 kebangsaan ketika menjalani latihan pada hari ini dan juga ketika di hotel penginapan.
"Joko Driyono sebagai mewakili PSSI turut meminta maaf di atas insiden yang tidak diingini itu.
"Bagi pihak saya dan FAM, kami akan menunggu laporan daripada Match Commissioner (MC) dan pengadil sebelum mengambil apa-apa tindakan selanjutnya berhubung insiden ini," katanya lagi.
Tambah Hamidin, pihaknya juga telah menghubungi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi memaklumkan dan menjelaskan insiden yang berlaku ini.
Sinar Harian
Fri Jul 13 2018
Rakaman insiden kekecohan penyokong Indonesia selepas pasukannya tewas di separuh akhir. Foto Sinar Harian
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Mujur pemain B-19 negara selamat - Hamidin
Terdapat penyokong Indonesia membaling botol dan batu dari tempat duduk penonton ke arah pemain B-19 negara selepas tamat perlawanan.