Penyertaan dua atlet berbasikal Malaysia yang terlibat dalam kemalangan pagi Khamis dalam sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 yang dijadual pada 17 hingga 23 Sept ini, masih belum dimuktamadkan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata sebarang keputusan mengenai penyertaan Muhammad Khairul Nizam Mohd Ali dan Mohd Hairul Hazwan Wahab yang mengalami hentakan di kepala akibat kemalangan itu bergantung kepada penilaian doktor dan pakar.
"Mereka masih memerlukan pemantauan dan sekiranya dibenarkan doktor, mereka boleh keluar dari Hospital Sungai Buloh, esok (Jumaat).
"Mereka akan terus dipantau mengenai penyertaan dalam Sukan Para ASEAN ini. Walaupun hentakan di kepala, terdapat beberapa prosedur dan protokol perlu dipatuhi apabila berlaku insiden ini," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Sungai Buloh Khamis.
Khairy berkata kesihatan kedua-dua atlet itu tidak boleh dikompromi semata-mata untuk mengejar pingat emas.
Dalam kemalangan kira-kira pukul 10.45 pagi itu, Ketua Jurulatih Mohd Johari Nayan, 42 dan dua 'pilot rider' iaitu Mohd Nor Rizuan Zainal, 31, serta Muhamad Nur Syafiq Suhaimy, 25, turut dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Km1 2.6 Lebuh raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar).
Khairy berkata Mohd Nor Rizuan dan Muhamad Nur Syafiq mengalami kecederaan yang lebih serius dan memerlukan masa lama untuk pulih.
"Mohd Nor Rizuan mengalami keretakan tulang belakang di bahagian T8 dan T11 manakala Syafiq mengalami keretakan kaki kanan yang memerlukan pembedahan," katanya.
Khairy mengesahkan Johari hanya mengalami kecederaan ringan dan sudah dibenarkan pulang petang tadi.
Dua atlet para berkenaan adalah antara prospek emas negara yang dijadualkan beraksi di Sukan Para ASEAN dalam acara berbasikal lepas beramai-ramai dan ujian masa individu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2017
Khairy Jamaluddin meluangkan masa melawat Atlet 'Paracycling' Khairul Nizam Mohd Ali yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) di Hospital Sungai Buloh. -Foto Bernama
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.