awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mogok jururawat terbesar dalam sejarah New York bermula susulan rundingan kontrak gagal
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gaza perlu bantuan kemanusiaan diperluas, bukan sekatan tambahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Neymar, janganlah asyik jatuh'

Agensi
Agensi
24/06/2018
09:23 MYT
'Neymar, janganlah asyik jatuh'
Bryan Oviedo beri nasihat agar Neymar kurangkan 'lakonan' di atas padang. -Astro ARENA
"NEYMAR pemain yang baik dan punya karakter besar, tetapi susahlah kalau asyik jatuh saja."
Itu kata pemain pertahanan Costa Rica, Bryan Oviedo berkenaan bintang Brazil itu selepas perlawanan Piala Dunia peringkat kumpulan E pada awal pagi Sabtu.
Neymar yang menjatuhkan badan pada minit ke 78 selepas mendapat sedikit sentuhan pemain Costa Rica, Giancarlo Gonzalez, berjaya mendapatkan penalti untuk Brazil, sebelum pengadil menukar fikiran selepas perbincangan dengan pegawai penyelaras Video Bantuan Pengadil (VAR).
"Saya beritahu dia, janganlah asyik jatuh saja. Susahlah kalau pemain bola sepak begitu, pantang disentuh saja jatuh.
"Seperti (semasa perlawanan) itu, pengadil membuat keputusan yang betul apabila menukar fikiran berhubung keputusan memberikan penalti itu kerana Neymar hanya terima sedikit contact sahaja," kata Oviedo.
Neymar bernasib baik kerana jatuhan badan atau diving yang dilakukannya itu tidak dikenakan tindakan oleh FIFA, biarpun dari segi undang-undang, ia merupakan kesalahan yang boleh dihukum.
Pemain kelab Sunderland itu merasakan 'lakonan' dalam kalangan pemain Liga Inggeris tidak seteruk apa yang ditunjukkan Neymar.
"Contohnya Willian. Anda boleh sepak kakinya tapi dia tetap akan bangun dan berlari tanpa merungut. Macam tu barulah pemain bola sepak," kata Oviedo lagi.
Dalam perlawanan itu, jaringan Neymar membantu Brazil menang 2-0 dan menyaksikan Costa Rica tersingkir daripada saingan.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Brazil
#Bryan Oviedo
#Costa Rica
#FIFA
#Neymar
#Piala Dunia
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan