Majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018 yang berlangsung dengan kemeriahan warna-warni pada malam tadi menyaksikan beberapa pemimpin dunia yang bermusuhan antara sama sendiri dilihat duduk bersama dalam satu stadium.

Presiden Korea Utara Moon Jae-In yang mahukan semangat kesukanan Olimpik sebagai peluang perbincangan mengenai program senjata di Korea Utara, dilihat tenang berjabat tangan dengan Kim Yo Jong, iaitu adik perempuan kepada pemimpin nombor satu Korea Utara, Kim Jong Un.

Penyertaan Korea Utara menjadi perhatian dunia memandangkan negara itu jarang sekali mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan sukan di peringkat antarabangsa.


Foto Reuters

Korea Utara dan Korea Selatan terpisah sejak peperangan pada 1950-53. Kedua-dua negara tersebut tidak pernah menandatangani perjanjian damai dan kali terakhir Sukan Olimpik diadakan di Korea Selatan pada 1988 dan diboikot Korea Utara.

Sementara itu, Malaysia mencatat sejarah tersendiri apabila Jalur Gemilang berkibar megah buat pertama kalinya dalam majlis pembukaan sukan Olimpik itu.

BACA: Awkward diplomacy on show as 'peace' Games begin

Foto Astro AWANI

Kontinjen Malaysia yang menampilkan hanya dua atlet, peluncur ais Julian Yee dan peluncur alpine ski Jeffrey Web antara kontinjen terkecil dalam kalangan 92 negara membabitkan hampir 3,000 atlet bertanding.

Julian dan Jeffrey masing-masing akan bertanding pada 16 fan 18 Februari ini.

Foto Reuters