awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ong Kim Swee dilantik ketua jurulatih skuad Harimau Malaya

Bernama
Bernama
18/01/2016
12:09 MYT
Ong Kim Swee dilantik ketua jurulatih skuad Harimau Malaya
Kim Swee, 45, yang berasal dari Melaka, mempunyai pengalaman lebih baik dalam membimbing skuad Harimau Malaya, berbanding calon lain. - Gambar fail
Jurulatih sementara skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai ketua jurulatih kebangsaan yang baharu dengan tempoh kontrak selama dua tahun.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Abdul Mokhtar Ahmad ketika mengumumkan secara rasmi pelantikan itu, berkata Kim Swee perlu memperbaiki kedudukan pasukan Harimau Malaya dalam ranking dunia yang kini menghuni tangga ke-171 kepada 140.
Selain itu, pelantikan Kim Swee penting dalam persiapan skuad kebangsaan menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 dari 28 November hingga 18 Disember, katanya.
"Kim Swee juga akan membantu Frank Bernhardt untuk mempersiapkan pasukan Bawah 23 Tahun sebelum menghadapi Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 2017," katanya pada majlis pengumuman itu, di Wisma FAM, Kelana Jaya dekat sini hari ini.
Abdul Mokhtar berkata Pasukan Petugas Khas telah diberi mandat membuat pemilihan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya melibatkan tiga calon - Kim Swee, bekas jurulatih Johor Darul Takzim Bojan Hodak dan bekas jurulatih Sarawak Robert Alberts.
Beliau berkata Kim Swee, 45, yang berasal dari Melaka, mempunyai pengalaman lebih baik dalam membimbing skuad Harimau Malaya, berbanding calon lain.
Kim Swee juga perlu mempersiapkan pasukan bagi beberapa perlawanan playoff Kelayakan Piala Asia 2019 pada 2 Jun, 7 Jun dan 11 Oktober.
Antara anggota panel bagi pemilihan Kim Swee itu, adalah dari Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Persatuan Jurulatih dan beberapa anggota lain.
Kim Swee pernah menjadi jurulatih skuad Harimau Muda A dari 2009-2014, jurulatih skuad Bawah 23 Tahun kebangsaan pada 2011-2015 dan merupakan jurulatih sementara skuad Harimau Malaya, selepas Dollah Salleh melepaskan jawatannya pada tahun lepas.
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#jurulatih kebangsaan
#Ong Kim Swee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan