Seorang pakar kecederaan otak menegaskan bahawa perlakuan menanduk bola perlu dilarang dalam perlawanan bola sepak professional apatah lagi kepada mereka yang berusia bawah 18 tahun.
Dr Bennet Omalu yang menemui penyakit otak Chronic Traumatic Encephalopathy (CTE) menyifatkan ia mempunyai kesan jangka panjang dan disebabkan oleh trauma kepala yang berulang.
“Ia tidak masuk akal untuk mengawal sesebuah objek yang bergerak pada kelajuan tinggi menggunakan kepala anda.
“Saya percaya, akhirnya, kita perlu menghalang perbuatan menanduk bola di peringkat profesional. Ia berbahaya,” katanya kepada BBC Radio 5.
Beliau turut menambah, kanak-kanak bawah 12 hingga 14 tahun perlu bermain permainan bola sepak yang kurang sentuhan, sesuatu yang perlu kita bangunkan untuk mereka.
Jelas Omalu, otak manusia terapung dalam bendalir di dalam tengkorak seperti belon, jadi ia akan mengalami kecederaan apabila menanduk bola.
Kesannya akan hadir apabila usia mulai melanjut dengan simptom-simptom penyakit seperti dementia dan CTE.
“Saya tahu ia sukar untuk banyak pihak tetapi sains berevolusi. Kita berubah bersama masa. Masyarakat berubah. Tiba sudah masa untuk kita ubah beberapa cara kita,” tegasnya.
Ketika ini, satu penyiasatan sedang dijalankan terhadap kematian seorang bekas pemain England dan West Bromwich Albion, Jeff Astle yang didakwa meninggal dunia kerana trauma otak kesan daripada menanduk bola berat yang diperbuat daripada kulit.
Astle meninggal dunia pada 2004 pada usia 72 tahun selepas menderita penyakit Alzheimer selama hampir 10 tahun selepas 16 tahun karier bola sepaknya.
Pada Rabu, anaknya, Dawn, mengulang semula gesaan supaya siasatan dibuat berkenaan hubung kait CTE dengan perlakuan menanduk bola.
“Ini satu fakta sekarang. Kita tidak sekadar membuat andaian bahawa ada pemain lain yang meninggal dunia kerana penyakit yang sama seperti bapa saya,” tegasnya.
Komen itu dibuat seminggu selepas kematian bekas pemain sayap Portsmouth, Gillingham dan Bournemouth, Rod Taylor kerana penyakit CTE.
Selain mereka, beberapa lagi pemain turut didiagnos mengalami penyakit dementia, termasuk pemain England skuad pemenang Piala Dunia 1966 iaitu Nobby Stiles, Martin Peters dan Ray Wilson, legenda Liverpool, Ron Yeats dan Tommy Smith, juga kapten Celtic yang memenangi Piala Eropah, Billy McNeill.
Agensi
Wed Aug 08 2018
Terdapat gesaan supaya siasatan dibuat berkenaan hubung kait CTE dengan perlakuan menanduk bola. - Gambar hiasan
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia
Allahyarham Zaidi Johari yang berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung sekitar pukul 8.15 pagi ini.
Tiada lagi ulang tayang Piala FA
Semua video ulang tayang perlawanan Piala FA dari perlawanan pusingan pertama akan dibatalkan mulai musim depan.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.