JURULATIH Kosovo, Bernard Challandes, percaya hanya dengan mematahkan kaki Raheem Sterling adalah cara untuk menghalang bintang England itu, namun pasukannya terlalu "baik" untuk melakukan sedemikian.
Sterling kembali dalam skuad England bagi aksi terakhir kelayakan Euro 2020 di Kosovo selepas diketepikan daripada perlawanan terdahulu berdepan Montenegro kerana bergaduh dengan rakan sepasukan, Joe Gomez.
Pemain sayap Manchester City itu menjaringkan satu gol dan melakukan tiga bantuan jaringan ketika Kosovo tewas 5-2 di Stadium St Mary sebelum ini.
Challandes tidak teruja dengan kehadiran semula Sterling dalam skuad England, namun menegaskan pasukannya tidak akan memilih untuk menerapkan taktikal kasar ketika berdepan The Three Lions.
"Berita buruk buat kami adalah Sterling akan beraksi," kata Challandes. "Dia merupakan antara yang terbaik dalam posisinya.
"Tetapi England masih lagi memiliki pemain lain seperti Marcus Rashford, Harry Kane, dan Tammy Abraham. Kami perlu menampilkan aksi terbaik.
"Kami bukan hanya berdepan ancaman individu tetapi daripada sebuah pasukan. Jadi, kami perlu bersedia untuk England.
"Bagaimana mahu halang Sterling? Mungkin patahkan kakinya tetapi ia bukan cara kami. Kosovo telah menampilkan persembahan bermutu sepanjang saingan kelayakan."
Kemenangan 7-0 ke atas Montenegro membolehkan England melangkah ke Euro 2020, yang menyaksikan anak buah Gareth Southgate itu antara penjaring terbanyak dalam saingan kelayakan.
Jentera serangan The Three Lions itu yang dahagakan jaringan, membimbangkan Challandes, yang berkata, "England memiliki jentera serangan yang berkesan, mereka menang dengan keputusan 7-0, 6-0 dan 5-0.
"Bagi saya, ia adalah satu cabaran. Sebagai jurulatih, saya akan menikmati perlawanan ini dan sememangnya saya agak gementar.
"Ini merupakan perlawanan ke-1,001 buat England manakala yang ke-29 buat kami. Pengalaman memisahkan kedua-dua pasukan."
Astro Arena
Sun Nov 17 2019
Raheem Sterling mengawal bola pada sesi latihan di St George's Park, di Burton, England, 13 Nov, 2019. (Foto AP)
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Patahkan kaki Sterling bukan jalan penyelesaian - Challandes
Pemain sayap Manchester City itu menjaringkan satu gol dan melakukan tiga bantuan jaringan ketika Kosovo tewas 5-2 di Stadium St Mary sebelum ini.