awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain Liga J perbaharui kontrak pada usia 52 tahun

Agensi
Agensi
12/01/2020
12:00 MYT
Pemain Liga J perbaharui kontrak pada usia 52 tahun
Miura teruskan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional bersama Yokohama FC pada usia 52 tahun. - AP Newsroom
PADA usia 52 tahun, pemain bola sepak Jepun, Kazuyoshi Miura, meneruskan kerjaya profesionalnya selepas menandatangani kontrak baharu dengan pasukan Yokohama FC.
Kontrak setahun itu menyaksikan Miura, yang akan berusia 53 tahun pada 26 Februari ini, memasuki musim ke-35 bersama pasukan itu.
Digelar "King Kazu", penyerang itu kini merupakan pemain sepak bola tertua yang berjaya menjaringkan gol di peringkat kompetitif.
Tahun lalu, Miura hanya bermain dalam tiga perlawanan dan tidak menjaringkan gol tetapi masih memegang rekod sebagai pemain tertua di Liga J, liga bola sepak teratas di Jepun.
"Saya berharap dapat terus bermain bola sepak dan bersyukur kerana saya mampu membantu pasukan mencapai matlamat.
"Saya akan bekerja keras untuk terus menyumbang kemenangan kepada pasukan," kata Miura dalam satu kenyataan, yang dipetik oleh The Japan Times.
Miura menyertai Yokohama FC pada tahun 2005, selain turut pernah bermain dengan kelab Brazil, Santos, dan kelab Genoa di Itali di awal kariernya.
Miura juga pernah mewakili pasukan kebangsaan Jepun sebanyak 89 kali dan menjaringkan 55 gol.
Dia bagaimanapun bukanlah pemain bola sepak profesional tertua.
Pada April 2019, seorang penjaga gol dari Israel, Isaak Hayik, 73, disenaraikan dalam Guinness World Records sebagai pemain bola sepak tertua mengambil bahagian dalam perlawanan profesional.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Jepun
#Kazuyoshi Miura
#King Kazu
#Yokohama FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan