awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi sedia laluan khusus untuk warga emas, OKU di Masjidil Haram
Pope Leo sedih Rusia enggan setuju gencatan senjata menjelang sambutan Krismas
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemberian tiket percuma tidak benar - SAFA

Astro Arena
Astro Arena
12/07/2019
06:38 MYT
Pemberian tiket percuma tidak benar - SAFA
Jangan percaya penyebaran berita palsu di aplikasi permesejan dan media sosial ini.
PERSATUAN Bolasepak Sabah (SAFA), hari ini, menafikan tiket bagi menyaksikan perlawanan di antara Sabah dengan Kelantan di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam esok, akan diberi secara percuma.
Ia susulan satu kenyataan yang tular di media sosial kononnya tiket percuma bagi menyaksikan perlawanan itu akan diberikan sempena meraihkan kejuaraan skuad Tambadau dalam saingan Liga Perdana.
Setiausaha Agung SAFA, Andrew Majanggim, dalam satu kenyataan berkata, berita itu adalah palsu dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Tiket menyaksikan perlawanan itu akan dijual dengan harga seperti biasa, iaitu RM25 bagi tempat duduk di kawasan berbumbung dan RM15 bagi tempat duduk kawasan terbuka.
"Tiket akan dijual di kaunter tiket Stadium Likas bermula jam 8 pagi esok," katanya.
Jangan percaya penyebaran berita palsu di aplikasi permesejan dan media sosial ini.
Sementara itu, selepas perlawanan yang akan bermula pada jam 9 malam itu, turut diadakan ialah penyampaian piala Liga Perdana kepada pasukan Sabah.
Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dijangka hadir bagi menyaksikan perlawanan serta majlis penyampaian piala berkenaan.
Topic Berkaitan
#fake news
#Kota Kinabalu
#Liga Malaysia
#Liga Perdana
#Sabah
#SAFA
#Semak Fakta
#Stadium Likas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan